Kalau sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah yang juga orang kuat UMNO Gua Musang menempelak Kerajaan barisan nasional yang mengamalkan "politik longkang" berhubung penayangan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim rujuk sini [Politik longkang], kali ini beliau menempelak putrajaya yang dengan jelas menafikan hak rakyat Kelantan terhadap royalti minyak.
Tengku Razaleigh menyifatkan pemberian wang ehsan sebagai sedekah kepada rakyat Kelantan adalah tidak wajar. Ini kerana rakyat Kelantan tidak memerlukan "sedekah" daripada kerajaan pusat, sebaliknya mereka mahukan hak mereka [Malaysiakini].
UMNO perjuangkan Melayu? Negeri Kelantan memiliki 95 peratus penduduk Melayu, namun dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti minyak. Ini namanya retorik orang politik untuk mencuri duit. Ambil hak orang, ambil hak rakyat, kemudian tak mahu bayar. Ini namanya pencuri, bila dilakukan secara terang-terangan, dinamakan perompak!
Apa yang lebih pelik dan tak masuk akal, begitu bersungguh-sungguh kerajaan Najib untuk merompak hak rakyat Kelantan, sehinggakan sanggup memohon di mahkamah agar disaman bersama-sama dengan petronas, rujuk link ini [Mohon disaman]
ReJaM© "Pergi mati dengan slogan rakyat didahulukan, halwa telinga yang membuatkan rakyat Kelantan muntah beramai-ramai..."
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/tengku-razaleigh-hentam-purajaya-pulak.html#ixzz1IVjz9Rgv