Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, April 3, 2011

Datuk Mustafa Ali fitnahkan Umno?


Ketika satu Forum di PWTC Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) yang menjadi panel menyebut tentang isu rasuah yang semakin bermaharajalela di Malaysia. 
Ia kini sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar. 
"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa Ali.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia."Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan sebagai panel Forum tersebut. Turut menjadi penal di forum tersebut adalah dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Yelah! Macamanalah nak harapkan Isa Samad menentang rasuah di Malaysia ini sedangkan beliau sendiri berjeluah punggungnya dengan tahik rasuah. Samalah kita menyuruh Datuk Rahim Tamby Chik bercakap isu moral… isu video seks. Macam ketam nak ajar orang jalan betul agaknya…

Hari ini sorang lagi Datuk Mustafa Ali beri data tentang rasuah di Malaysia? Adakah ini fitnah? Adakah kalau melibatkan pegawai maka ia bukan fitnah? Kalau melibatkan pimpinan UMNO maka ia akan dianggap fitnah. Kalau betul pun ia bukan rasuah tetapi politik wang. Masa pilihanraya, kata Datuk Nazri.. ia bukan politik wang, ia hanya bantuan dan halal.

RM108 bilion lesap setiap tahun

PUTRAJAYA 2 April Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara. Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara. Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.

"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

Lihatlah bagaimana ketirisan hasil pembayar cukai di Negara kita. Kalau nak kira, harga petroleum boleh disubsidi dengan separuh harga sekarang akibat ketirisan tersebut. Isu rasuah sudah macam minum air sejuk. 

Sudah menjadi kebiasaan. Itu baru anak-anak bilis. Belum lagi bapak-bapak jerung. Belum lagi para pemimpinj UMNO. Kerana itulah pimpinan UMNO, harta menghambat Qarun. Bukan daripada duit gaji tetapi rasuah. Menang pilihanraya sepenggal dah jadi YB… harta bertimbun. Dah kalau pemimpin macam tu… yang bawahan pun kencing berlarilah.

Kalau nak kira slogan dah mati timpa slogan aje. Terlalu banyak. Dengan Islam hadhari, penerapan nilai Islam dan macam-macam tetapi bagaimana dengan indeks rasuah di Malaysia. Hancusss!!! 1 Malaysia dikebasnya. ustsaifulbahri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular