APA lagi yang boleh diucapkan oleh SPRM kepada waris Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, pagi semalam selain dari ucapan takziah.
Allahyarham ditemui mati ketika hadir untuk membantu siasatan di dalam kes melibatkan cukai tidak berbayar dan beliau sebelum ini telah dibebaskan dengan ikat jamin.
Marilah kita bersama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang Soleh di sisi Allah SWT dan takziah juga kita ucapkan kepada ahli keluara beliau. Kes seperti ini mungkin tidak sehebat kes video lucah yang ditayangkan di Sri Carcosa dan juga di youtube, oleh sebab itu liputan terhadap berita menyayat hati ini terkebelakang dari arus media pencacai.
Walau bagaimanapun, suka saya cadangkan kepada SPRM atau kerajaan agar bangunan pejabat SPRM yang ada sekarang tidak lagi digunakan, sebaliknya tentukan bahawa setiap bangunan pejabat SPRM mestilah tidak bertingkat. Mungkin agak lucu cadangan ini, tetapi setelah melihat kepada dua kes sebelum ini ada lojiknya juga.
Sekali lagi kita berharap dan terus berharap agar pihak Polis untuk menyiasat kes berkenaan. Meskipun kes Teo Beng Hock masih belum selesai, kini timbul kes yang baru dan kita yakin pihak Polis akan telus menyiasat.
Polis di peringkat awal mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Namun, kita percaya siasatan yang bakal dijalankan nanti ada jawapannya walaupun mungkin mengambil masa yang agak panjang.
Bukan mudah untuk menyiasat kes seperti ini, sedangkan untuk menangkap atau menahan mereka yang menayangkan video lucah di Sri Carcosa pun tidak mudah walaupun ada yang mengaku bertanggungjawab.
Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga adalah lojik sekiranya bangunan pejabat SPRM tidak perlu bertingkat. Kini kita tertanya-tanya samada di dalam kes terbaru ini adakah rakaman CCTV diperolehi di sekitar tempat kejadian. Harapan kita, mudah-mudahan CCTV di situ masih elok dan tidak rosak./wfauzdin.blogspot.com