Grab the widget  IWeb Gator

Monday, April 4, 2011

Cakap tak serupa bikin


Mandor Felcra dipecat ketika pemimpin negara laungkan Malaysia negara demokrasi


WarkahDaily – Cakap tak serupa bikin. Cakap berdegung-degung kat luar sana, media, televisyen dan mana-mana perjumpaan rakyat, pemimpin Umno tak segan-segan mengaku kat rakyat, negara ini adalah negara demokrasi.

Tapi, 30 Mac lepas, Seorang mandor ladang di Felcra Seberang Perak II diberhentikan kerja serta-merta kerana didakwa memalukan dan mencemarkan nama baik Felcra, lapor Harakahdaily.

Ishak Saari dikenakan tindakan tersebut sehari selepas beliau menyertai rombongan menyerahkan memorandum berkaitan masalah dan tuntutan warga Felcra di Perak kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik di Parlimen.

Ishak telah berkhidmat di Felcra berkenaan kira-kira empat tahun, bermula Februari 2007.

Menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman, Ishak dipecat oleh pengurus kewangan Felcra tersebut, Rodzi Mohd Salleh setelah mendapat arahan daripada Pengurus Felcra Besar Felcra Seberang Perak, Mutalib Tais merangkap Timbalan Pengarah Felcra Negeri Perak.

Beliau memberitahu, selain tindakan memecat Ishak, beberapa peserta Felcra yang dilihat lantang menyuarakan permasalahan Felcra telah diberi amaran akan menerima nasib yang sama seperti Ishak.

Ini namanya demokrasi ’jakun’.

Jelas, pemimpin Umno-BN bercakap tak serupa bikin. Bagi mereka, demokrasi di Malaysia hanyalah memberi sokongan total kepada Umno-BN. Jika sokong yang lain dari Umno-BN, bukan sahaja disekat, bahkan dipecat dari jawatan yang disandang.

Jika inilah caranya, demokrasi yang diamalkan di Malaysia ialah demokrasi paksa sokong Umno-BN sahaja.

Tak jauh bezanya dengan apa yang dilakukan kerajaan Hosni Mubarak di Mesir yang memaksa rakyatnya hanya menyokong kerajaan pimpinannya sahaja sehingga rakyat terpaksa menjatuhkan beliau dengan cara yang memalukan.

Dah pasti pemimpin Umno-BN tidak mahu mengambil ianya sebagai pengajaran. Bahkan semakin ego dengan sesuka hati memecat sesiapa yang tidak mahu menyokongnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular