Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 9, 2011

PM kecewa dgn SIBU?


Perdana Menteri Najib Razak kecewa kerana tangan persahabatannya tidak disambut orang Sibu?
Menteri Kewangan Kedua sebelum DUN Sarawak dibubarkan, Wong Soon Koh berkata, PM pernah menghulurkan tangan persahabatan beliau kepada pengundi Sibu, namun tangan tersebut tidak disambut orang tempatan.  Justeru itu, PM yang kecewa tidak menjenguk Sibu kali ini, sebaliknya membuat lawatan ke Kuching.
Wong Soon Koh juga Timbalan Setiausaha SUPP, bertanding di DUN Bawang Assan.  Beliau berkata, setelah calon DAP Wong Ho Leng memenangi PRK Sibu pada tahun yang lalu, hampir separuh daripada Sibu telah diserah kepada pembangkang.
Wong Ho Leng juga bertanding di DUN Bukit Assek, yang terletak di bawah kawasan parlimen Lanang.  Lanang terletak bersebelahan dengan kawasan parlimen Sibu.  Malah, Wong Soon Koh mengakui bahawa kedudukan SUPP sudah tergugat berikutan kekalahan dalam PRK Sibu.

"PM berasa kecewa, tidak datang lagi.  Dulu (PRK Sibu) beliau menghulurkan tangan persahabatannya, tetapi rakyat Sibu tidak 'menarik' (tangannya).  Saya percaya dia ada perasaan sebegini," katanya dalam satu upacara pengisytiharan jawatankuasa baru Persatuan Peniaga Sibu.
"Najib sekarang sudah tiba di Kuching, tetapi tidak datang Sibu.  Saya masih berharap agar beliau boleh datang ke Sibu," luahan Wong Soon Koh.
Dalam PRK Sibu pada Mei 2010, kedudukan BN semakin genting menjelang hari pengundian.  Najib cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi tersebut, malah secara terbuka mengeluarkan kenyataan "You help me, I help you", yang dipertikaikan sebagai penyogokan rasuah kepada pengundi.
Selain itu, Wong Soon Koh turut merakamkan kekaguman dirinya terhadap Najib, yang berani untuk mengetengahkan gagasan "1 Malaysia".  "Kita pernah memberi peluang kepadanya.  Sayangnya tahun lalu kita tidak bagi peluang kepadanya.  Moga-moga pengundi boleh memberi beliau peluang lagi, dengan menyokong calon BN," kata Wong Soon Koh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular