Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 6, 2011

Dah Kena TIPU!!!!


Peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sudah mulai terasa penipuan "wang cess"


"Masa terima RM13,000.00 selepas PRU Kerdau baru-baru ini, saya saya rasa seronok. Bulan ini dah mula dikenakan bayaran kembali kepada Felda RM650.00," keluh seorang Peneroka Felda Jengka 22 semasa menghadiri taklimat manipulasi peratusan perahan KPG di Felda Jengka 25 semalam.

"Berlambaklah hutang kami dengan Felda selepas ini," katanya. Beliau kesal kerana sehingga hari ini Felda masih gagal menyerahkan kunci kira-kira hutang peneroka kepada Felda. "Berapakah hutang kami sebenarnya? Sepatutnya Felda menyerahkan kepada kami setiap bulan penyata hutang ini, atau setidak-tidaknya tiga bulan sekali! Atau paling tidak setahun sekali," katanya dengan penuh perasaan kesal.

"Adakah RM13,000.00 itu dicampurkan dengan "wang cess" yang diberikan kepada kami? Benarkah hutang kami kini sudah melebihi RM80,000.00? Benarkah hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 yang mengambil pinjaman perumahan sudah melebihi RM120,000.00?" beliau mendesak dengan pertanyaan.

"Saya sudah membuat kiraan mudah bahawa jika saya kena membayar BK RM650.00 setiap bulan, bererti hutang saya atas bayaran itu sahaja dalam tempoh 20 tahun akan datang sudah berjumlah RM130,000.00, cekik darah betul Felda ni!" katanya.

Beliau merasakan kekesalan kerana tidak menanam sendiri, bagi mereka yang tanam sendiri, bukan sahaja mereka tidak berhutang satu sen pun dengan Felda, bahkan pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM5000.00 sebulan. Tetapi bagi mereka yang menanam melalui Felda hanya memperolehi sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang juga dikira hutang dan setiap bulan hutang mereka bertambah.

"Ini bukan nak membantu peneroka! Bukan untuk membasmi kemiskinan dikalangan petani-peneroka, tetapi mahu mengekalkan peneroka-peneroka sebagai satu kelompok manusia di Negara ini yang dibebankan dengan hutang! Kami bukan wariskan harta kepada anak-anak kami, tapi kami akan wariskan bebanan hutang kepada waris-waris yang kami tinggalkan, itulah kejayaan Felda iaitu menjadikan golongan terbesar orang Melayu menanggung hutang!" katanya dengan gerang.

Didalam taklimat di Jengka 25 itu, beberapa orang peneroka bertanyakan tentang wang dana tanam semula yang dicarum oleh peneroka-peneroka. Mereka menyatakan bahawa mereka sudah berurus dan berunding dengan Felda untuk mendapatkan wang dana tanam semula itu tetapi hingga kini sudah beberapa tahun, Felda masih gagal mengembalikan wang kami, benarkah Felda sudah hampir bankerap? Mereka mempersoalkan.

Kumpulan yang menuntut wang dana tanam semula itu akan menemui peguam minggu ini untuk memulakan saman terhadap Felda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular