Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.

Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.

BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.

“Ia tidak diperlukan jika beliau tidak bercakap apa-apa. Tetapi yang yang dia cakap kini di akhbar. Oleh kerana penafiannyanya, orang ramai mungkin berpendapat bahawa BN bertanggungjawab.

“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih. bloglistpolitik.blogspot.com