Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, July 4, 2013

Panas!! Rahsia Zahid Hamidi Terbarai


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa hanya dua kes sahaja membabitkan salah laku polis sehingga menyebabkan kematian dalam tahanan adalah statistik palsu.


“Sampai hati Zahid memberikan statistik palsu sedangkan angka itu tidak benar,” kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

“Dharmendran mati disebabkan kesukaran bernafas sebelum dinafikan laporan bedah siasat menunjukkan beliau bukan sahaja diseksa sampai mati, malah kedua-dua telinganya juga di-staple (diketip dengan dawai kokot),” kata Surendran.

Katanya, percanggahan kenyataan polis dengan keputusan bedah siasat menunjukkan bukan yang dicari, tetapi cuba menutup pekung di dada.

“Inilah juga dakwaan polis terhadap punca kematian Kugan, iaitu beliau minum segelas air sebelum jatuh lalu mati,” ujarnya ketika persidangan Dewan Rakyat.

Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata di Dewan Rakyat 26 Jun lalu bahawa hanya dua kematian dalam tahanan akibat dicederakan pihak polis.

Justeru, beliau mengulangi desakan penubuhan IPCMC disegerakan kerana mampu melindungi lebih banyak nyawa rakyat berbanding bergantung kepada EAIC.

“Saya desak IPCMC segera ditubuhkan. Kesengsaraan setiap ahli keluarga orang mati dalam tahanan sangat berat, malah lebih sukar dilalui berbanding mangsa sendiri,” tegasnya. ~keadilandaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular