Grab the widget  IWeb Gator

Friday, October 28, 2011

“Umno lihat diri sendiri terlebih dahulu"

Ingat Muhyiddin, ikan busuk bermula dari kepala
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara dengan berkesan.

“Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan itu sebenarnya bermula daripada kepala,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Thursday, October 27, 2011

Mahathir Terus Perlekeh Undang-Undang Islam

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

Satu lagi Bangunan Umno DIBELI OLEH PAS


Setelah Dewan Pemuda Negeri Kelantan berjaya membeli Bangunan Umno Kota Bharu tidak lama dahulu, kini satu lagi bangunan milik pemimpin Umno berjaya dibeli oleh PAS.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor berjaya membeli sebuah bangunan milik Ketua Pemuda Umno Bahagian Kelang yang mana ianya pernah menjadi Bilik Gerakan Umno pada Pilihanraya Umum 2004. Bangunan yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam tersebut berjaya di beli setelah ianya dilelong baru-baru ini.

HUTANG MELAKA meningkat RM1bilion pada 2011?

Laporan Audit Menyebut Bahawa Baki Hutang Kerajaan Negeri Melaka Meningkat Kepada RM853.07 Juta Berbanding RM587.53 Pada 2009. Terbukti Kerajaan Negeri Hanya Pandai Berhutang Tetapi Tidak Pandai Membayar Hutang. 'Anak' Seperti Ini Hanya Tahu Menghabiskan Duit Ayah Tetapi Tidak Tahu Berjimat, Dia Hanya Tahu Mahu Berbelanja Besar Tanpa Memikirkan Kesusahan Orang Tuanya.

Umno-BN guna “senjata” 3R untuk kekalkan kuasa

MARANG - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin lemah telah menggunakan “senjata” 3R bagi mengekalkan kuasa serta pemerintahannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Umno dan Barisan Nasional telah memanipulasikan isu Raja-raja, agama dan perkauman bagi kepentingan politiknya.

MB UMNO rupanya yang kena tangkap basah..


Bila aku terbaca dari portal msomelayu. rasa-rasa bayangan siapa yang punya angkara dah dapat dirasai,, tetapi itulah,, nak menuduh tanpa bukti tak patut sama sekali..

Kalau nak kata MB PAS atau Keadilan,, aku rasa selepas kena tangkap saja dah riuh,, dalam tak ada apa-apa hal pun puak UMNO sanggup buat cerita fitnah, inikan pula cerita benar........

Wednesday, October 26, 2011

PERKASAM dapat Naib Presiden baru

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Keraaaajaan Barisan Nasional Pakar Pembaziran.

Setiap tahun gua pasti tertunggu-tunggu Laporan Audit Negara. Tapi Laporan Audit tahun ini dilewatkan selama 17 hari.... hahaha... Laporannya dah keluar lama beb... cumanya mungkin tersangkut di Jabatan Perdana Menteri... atau di Bank Negara... atau dalam Mahligai Putrajaya... maklumlah Menteri Kewangan Flip Flop kena baca dulu beb... tak pun disorokkan oleh Hantu Kopek Putrajaya... muakakakaka.

Laporan Audit tak berkesan, BN hanya faham bahasa “Peti Undi”


Inilah kesimpulan dari Laporan Audit 2010 yang sekali lagi menegur kelemahan ketara dalam pengurusan kewangan negara terutamanya dalam pengurusan projek dan membeli perkakas.

Walaupun Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat pelbagai teguran setiap tahun, namun perkara yang sama terus dilakukan, yakni budaya ketirisan, keborosan dan pembaziran yang disemai BN terus subur tanpa sebarang kekesalan.

Tuesday, October 25, 2011

Johor hutang RM334.51 juta.


KUALA LUMPUR 25 Okt: Sangat mengaibkan apabila Johor, sebuah negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional, berhutang sebanyak RM334.51 juta pada 2010.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, Johor membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekalan air manakala satu pinjaman untuk projek Ladang Hutan Kompensatori kedua.

Tengok kroni UMNO belasah duit rakyat, OPPS..beli teropong pun depa sentai

http://media1-cdn.malaysiakini.com/406/60b203c6663d0f357eca7c6f5e18e839.jpg
Macam-macam perkara luarbiasa kita baca dalam laporan Audit Negara

Ada yang kata perkara biasa sebab dah jadi lumrah laporan audit negara ada penyelewengan wang rakyat tapi pihak SPRM mana ada siasat pun.Setakat lapor lepas tu senyap ja .

Ini Gaddafi, Bagaimana "PEMIMPIN" kita???

Mufti Besar Libya: Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan
HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam.

Mesej Ringkas Dari Prof Aziz Bari


salam, 

Jangan silap; mereka hanya mahu simpati rakyat.

Saya masih belum bebas. Saya masih seorang suspek. Polis masih menyiasat. UIA pun begitu. 

Kita masih belum tahu natijahnya. Akan didakwa? UIA akan ambil tindakan disiplin?

Dalam masa yang sama saya kena kerja macam biasa. Tapi komputer dirampas? Tak lebih zalim ke?

Sebarkan…..supaya kawan-kawan nampak hakikat sebenar..


Monday, October 24, 2011

Kuburkan hasrat BN mahu rampas Selangor

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular