Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 5, 2012

FAHAM BUDAYA CINA!!! Mai tengok beza PAS dan PERKASA +Video

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.

Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina.

Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.

Negara Islam

Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan ‘kecerdikan’ antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai ‘buta budaya’ dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.
"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.
"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamat mengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.

Rosalan, 51, yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.

Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.

Tak ada masalah

"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islam yang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.

"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.
NONE
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.

Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.

"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti.Malaysiakini

PERKASA kena main dengan BN : Angpau Putih kami ada LOGO!!!

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?
Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

“Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.
NONE
Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular