KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.