TEMERLOH: Veteran PAS Cikgu Abu Samah, 78, ayahanda kepada AJK Dewan Pemuda PAS Temerloh Shahrul Abu Samah, kembali ke rahmatullah pada 8hb Dec 2010..
Menurut seorang muridnya, Shaari Saad, Allahyarham yang mengajar di sekolah terakhirnya di Sekolah Rendah Jalan Bahagia sebelum bersara, merupakan seorang guru yang tegas tetapi dihormati pelajar-pelajarnya.
Beliau yang dikatakan amat rapat dengan Almarhum Tun Abdul Razak, merupakan seorang pencinta tulisan jawi. Apabila bekas Menteri Pelajaran Tan Sri Khir Johari menghapuskan pembelajaran jawi di sekolah, Cikgu Abu Samah membantah dengan bertindak meninggalkan Umno dan menyertai PAS dan terus bersama hingga ke akhir hayatnya.
Menurut Shaari, ketika menziarah Allahyarham pada hari raya lalu di rumahnya, beliau masih bersemangat dan sempat berpesan meminta Pemuda PAS berjuang memertabatkan semula tulisan jawi kerana bagi beliau buta jawi samalah seperti buta Al-Quran dan As-Sunnah.
Pahang Selamat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Atan (Shahru) dan mengharapkan bersabarlah di atas ujian ini. Harapan kita semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan kebajikan yang dibuatnya. Amin.
Al-Fatihah.
Posted by Selamatkan Pahang
Saturday, December 18, 2010
BIAR MATI DIPANGKAL BANIR:SITI MARIAM IDRIS DALAM KENANGAN
BIAR MATI DIPANGKAL BANIR:SITI MARIAM IDRIS DALAM KENANGAN
oleh Ahmad Nizam Hamid (http://lanailestari.blogspot.com/2010/11/biar-mati-dipangkal-banirsiti-mariam.html)
"Janganlah balik lagi,kita berador* di rumah Wan dulu",begitulah ulas kata sayu yang keluar dari mulut wanita kecil molek itu.Saya hanya mampu tersenyum dalam sayu juga.
"Belum puas lepas rindu dah nak balik",dengan mata sayu dan dalam nada memujuk wanita itu menujukan kata-katanya kepada saya.
Mariam Binti Idris,15 Disember 1927-5 November 2010 |
Dicatat oleh Mat Amin pada 12:47 Pautan pada catatan ini
Label: Alfatihah, Pahlawan Kemerdekaan
Selasa, 2010 November 09
SITI MARIAM IDRIS SERIKANDI REVOLUSIONER LUBUK KAWAH
SITI MARIAM IDRIS SERIKANDI REVOLUSIONER LUBUK KAWAH
Siti Mariam Idris mempunyai beberapa nama perjuangan, antaranya Atom, Tabah, Sitah, tapi setiap perajurit menyapanya dengan panggilan Tun. Beliau adalah salah seorang komander kompeni Rejimen Ke-10 dan ahli Jawatankuasa Kawasan PKM. Di dalam pasukan, beliau juga merupakan ibu yang pengasih bagi para perajurit baru baik lelaki mahupun wanita.
Beliau dilahirkan di Kampung Balik Gantang, Mukim Sanggang, Daerah Temerloh, Pahang pada 15 Disember 1927, akan tetapi membesar di Lubuk Kawah.
Ayahnya Idris seorang petani miskin dan juga seorang guru silat, meninggal dunia ketika Siti Mariam berumur 11 tahun. Ibunya bernama Saadiah, bekerja sebagai petani.
Dicatat oleh Mat Amin pada 06:14 Pautan pada catatan ini
Label: Alfatihah, Pahlawan Kemerdekaan, Rejimen Ke-10 TRM, wanita
Ahad, 2010 November 07
ALFATIHAH UNTUK MAK YAM OLEH PENJUAL UBAT
(http://penjualubat.wordpress.com/)
Penghujung tahun 2009..saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwath, Selatan Thailand (sebuah perkampungan tempat bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas Perjanjian Damai 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989). Klik disini..
Dicatat oleh Mat Amin pada 16:34 Pautan pada catatan ini
Label: Alfatihah
BELASUNGKAWA OLEH AHMAD NIZAM HAMID
al-Fatihah.
saya mendapat khabar duka,Siti Mariam Binti Idris,83 tahun telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.Allahyarhammah dilahirkan di Kg Lubuk Kawah,Temerloh dan tuntutan zaman ketika itu telah membawa beliau menyertai Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya di bawah PKM.Beliau sanggup meninggalkan keluarga dan memanggul senjata menjadi gerila bagi melawan penjajah Inggeris.Allahyarhammah meninggal dunia di Kg.Perdamaian Sukhirin Chulaborn Pattana Sukhirin Thailand.InsyaAllah saya akan menulis kenang-kenangan bersama Allahyarhammah di blog saya.kepada saya beliau adalah manifestasi semangat anak Pahang dan Temerloh yang bersedia berkorban bagi mengejar cita-cita kemerdekaan dan beliau adalah produk sejarah zamannya.Al-Fatihah
Dicatat oleh Mat Amin pada 05:19 Pautan pada catatan ini
Label: Alfatihah
Sabtu, 2010 November 06
BERDOA DAN BERTAHLIL UNTUK ARWAH SERIKANDI
Selepas solat Isa, rakan seperjuangan di Sukhirin mengadakan majlis berdoa dan bertahlil semoga roh Allahyarhammah Siti Mariam di tempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.
Dicatat oleh Mat Amin pada 06:37 Pautan pada catatan ini
Label: Alfatihah, Kampung Perdamian
Jumaat, 2010 November 05
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PEMAKAMAN SERIKANDI SITI MARIAM IDRIS
Dicatat oleh Mat Amin pada 22:50 Pautan pada catatan ini
Label: Alfatihah, Kampung Perdamian, Masjid Darul Aman
PUTERI LUBUK KAWAH PULANG KE RAHMATULLAH
Pada pukul 9.05 (waktu tempatan) pagi Jumaat, 5 November 2010, seorang puteri terpuji Lubuk Kawah telah pulang mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwath, Selatan Thailand. Beliau adalah Siti Mariam binti Idris, 83 tahun, seorang pejuang kemerdekaan, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin selepas solat Jumaat.
Dicatat oleh Mat Amin pada 11:43 Pautan pada catatan ini
Label: Alfatihah, Pahlawan Kemerdekaan
MENGHARGAI PERDAMAIAN (3)
Apabila membaca keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah, kita dapat rasakan bentuknya sama dengan propaganda yang pernah dilancarkan sebelum merdeka.
Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya yang ikut menandatangani perjanjian tersebut amat menghargainya dan menganggap sebagai satu catatan sejarah perdamaian di rantau Asia Tenggara bahkan dunia dan melaksanakan perjanjian itu sebaik mungkin. Akan tetapi malangnya 1 pihak lagi iaitu Kerajaan Malaysia tidak menghargainya. Bahkan propaganda anti-komunis terus menerus diasak dalam media mereka. Mereka masih meneruskan apa yang diinginkan kaum penjajah.
Dicatat oleh Mat Amin
MENGHARGAI PERDAMAIAN (2)
Ucapan Indradjaja
Dicatat oleh Mat Amin
MENGHARGAI PERDAMAIAN (1)
2 Disember 1989, suatu perjanjian perdamaian telah ditandatangani antara 3 pihak - Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya. Perdamaian itu dicapai berkat doa dan usaha rakyat berbagai kaum negara kita yang inginkan perdamaian terwujud dan juga berkat toleransi ketiga-tiga pihak.
Berdasarkan logik di atas, Chin Peng telah merumuskan dalam ucapannya ketika melawat perkhemahan Rejimen Ke-10 pada tahun 1989 bahawa:"Siapa yang menang dalam dalam perundingan kali ini? Ketiga-tiga pihak menang, polisi ketiga-tiga pihak yang menang, rakyat yang menang!"
Berikut adalah ucapan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng dalam perayaan menyambut 20 tahun perdamaian di Hotel Lee Gardens pada tahun 2009.
ucapan Chin Peng 1
Ucapan Chin Peng 2
Dicatat oleh Mat Amin
DATOK BAHAMAN - Bhg 2
MENGAPA CLIFFORD MEMECAT DATOK BAHAMAN DARI JAWATANNYA
Hugh Clifford |
Segala tipu helah British tersebut ditolak oleh Sultan dan pembesar-pembesar Pahang. Tapi untuk meneruskan usaha jahatnya, British telah menggunakan sesetengah kerabat diraja untuk menekan Sultan. Ia juga secara kekerasan membentuk badan pentadbirannya dan melantik orang-orang British menjadi majistrit di Pahang serta mengharamkan orang ramai membawa senjata seperti keris, lembing, pedang dan lain-lain. Ini telah menimbulkan kemarahan yang luar biasa orang-orang Pahang kerana senjata-senjata ini adalah satu-satu simbol keberanian orang Melayu turun temurun yang tak boleh dicerai tanggalkan.
Sementara itu Gabenor British di Singpura berusaha menundukkan Datok Bahaman di meja perundingan. Ia secara licik mengemukakan konon, penjajah British ingin bersahabat dengan orang-orang Pahang, membantu memajukan Pahang dan mahu membayar elaun yang besar kepada Bahaman. Usulan gabenor itu secara tegas ditolak oleh beliau.
Datok Bahaman menyedari tentang azab sengsara yang akan menimpa rakyat dan tanah airnya jika penjajah British dibiarkan menguasai Pahang. Beliau sentiasa menasihatkan Sultan supaya jangan menerima tuntutan penjajah British itu hatta biar berperang sekalipun. Di hadapan Datok Bahaman dan Tok Gajah, Sultan dan Pembesar-pembesar Utama Negeri pernah bersumpah menyatakan sekali-kali tidak akan mengingkari janji. Dengan demikian di mata dan hati penjajah British, Bahaman adalah satu perintang terbesar yang menghalangnya menguasai Pahang. Oleh itu Bahaman perlu disingkirkan. Oleh yang demikian pada 11 Oktober tahun 1891, Majlis Mesyuarat Negeri yang dipengerusikan oleh Clifford telah memecat Datok Bahaman dari jawatannya.
Pegawai penjajah British di Temerloh telah memberitahu Bahaman tentang keputusan tersebut. Tetapi Datok Bahaman telah menulis surat menyatakan bahawa beliau tidak mengakui keputusan itu dan tidak mahu mematuhi segala undang-undang yang dibuat penjajah British khususnya tidak membenarkan British mengutip cukai dan hasil tanah kerana Pahang adalah negeri orang Melayu, bukan negeri orang putih, katanya. Sikap tegas Datok Bahaman telah lebih menaikkan darah penjajah British, tetapi ia telah mendapat sokongan rakyat yang luas. Walau bagaimanapun, Datok Bahaman tidak menolak cara diplomasi.
dipetik dari catatan Allahyarham Abu Samah Mohd Kassim yang bertajuk PERANG MELAWAN IMPERIALIS BRITISH YANG HENDAK MENAKLUKI NEGERI PAHANG YANG DIPIMPIN DATOK BAHAMAN
artikel terdahulu
SEDIKIT PERKENALAN TENTANG DATOK BAHAMAN - Bhg 1
(Catatan ini adalah tulisan Allahyarham Abu Samah Mohammad Kassim dan pernah dimuatkan dalam buku Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan)
Nama lengkap beliau adalah Datok Bahaman bin Tok Noh, berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia.
Datok Bahaman adalah anak yang ketiga daripda 6 orang adik beradik . Yang tua bernama Tok Muda Ishak, yang kedua bernama Tok Musa Usoh, yang keempat bernama Mah, yang kelima bernama Syaayah dan yang keenam bernama Juriah.
Datok Bahaman mempunyai 13 orang anak daripada 5 orang isteri, 8 lelaki dan 5 perempuan. Antara anak lelakinya ialah Tok Muda Darus, Tok Mat Lela (yang ikut serta bersama Datok Bahaman dari mula tercetusnya perang; luka di bahagian lutut terkena tembakan askar penjajah British di Batu Hampar, sebelah hulu Mentakab, kemudian terusir ke Chiangmai, Utara Thailand dan balik ke Semantan pada tahun 1913 sebagai menunaikan amanat bapanya yang berbunyi: Apabila koi (aku) meninggal dunia, awak baliklah ke Semantan, Pahang. Datok Mat Lela meninggal dunia di Semantan sewaktu pendudukan Jepun 1944.
Anak lelakinya yang ketiga bernama Datok Muhamad yang dilantik oleh British menjadi Penghulu Semantan dalam lengkongan tahun 1920. Kemudiannya dibuang negeri ke Selangor oleh British atas kesalahan memelihara grup bersenjata seramai belasan orang yang melakukan berbagai aktiviti anti-British termasuk menyerang balai polis Mempatih dan merampas senjatanya, menampalkan surat-surat anti-British, merampas gudang garam dan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai dan lain-lain. Rakannya yang sama-sama memelihara dan merancangkan tindakan grup bersenjata itu ialah Mohammad Kassim bin Haji Osman (ayah Abu Samah). Akhirnya pada penghujung tahun 1931, penjajah British menggunakan tali barutnya meracuni Mohammad Kassim dan meninggal dunia pada awal 1932.
Datok Bahaman – Orang Kaya Semantan – telah berjaya melambangkan Negeri Pahang menjadi sebuah negeri yang beraja, berdaulat dan berkuasa penuh. Dulu, beberapa ratus tahun lamanya, Pahang dijajah oleh beberapa kuasa seperti Majapahit dan Siam. Dari akhir kurun ke-15 Pahang diperintah oleh Raja Melaka. Dari awal hingga pertengahan kurun ke-17, Pahang menderita serangan-serangan dari Acheh, Johor, Portugis, Belanda, Riau dan Lingga. Dan setelah Wan Ahmad Berjaya memenangi perang saudara pada tahun 1863 – 1875, di mana Datok Bahaman sebagai panglimanya yang bijak, gagah berani dan mempunyai strategi, taktik dan teknik perang yang bermutu tinggi barulah ditabalkan Wan Ahmad (Bendahara Wan Ahmad) menjadi Sultan Pahang yang kekal zuriatnya bergelar Sultan hingga ke hari ini. (dulu-dulunya tak pernah ada gelaran Sultan, cuma dinamakan Bendahara sahaja).
Satu lagi sumbangan dan kejayaan besar Orang Kaya Semantan Datok Bahaman yang tercatit dalam sejarah ialah mengekalkan kedudukan Sultan Samad sebagai Sultan Negeri Selangor hingga kekal zuriatnya dari kena rampasan kuasa oleh Raja Mahadi. Dalam peperangan yang memakan masa agak lama, Datok Bahaman bersama tenteranya terus berjuang melawan kaum pemberontak hingga sampai kemenangan terwujud.
Dari beberapa fakta yang tersebut di atas itu bolehlah dikatakan bahawa Datok Bahaman adalah seorang PAHLAWAN DAN PANGLIMA PERANG BANGSA MELAYU YANG AGUNG. Perjuangan dan pengorbanannya adalah satu perkhidmatan yang besar terhadap bangsa dan tanah air serta disegani dan dihormati negeri-negeri jirannya.
Setelah perang melawan penaklukan British gagal dan Orang Kaya Semantan bersama 60 orang pengikutnya terusir dengan menaiki kapal api British dari Kota Bahru ke Teluk Siam, Bangkok, Maharaja Siam telah menghantar orang besarnya ke pelabuhan untuk menyambut Datok Bahaman lalu di bawa ke istana mengadap Baginda Seri Maharaja Siam.
Ketibaan Datok Bahaman di istana telah disambut dan dimuliakan oleh Seri Maharaja serta diberi anugerah. Antara lain titah Seri Maharaja: Tentang keselamatan Datok Bahaman dari angkara Inggeris akan dipertahankan oleh Kerajaan Beta, katanya.
Sungguhpun perang melawan campurtangan dan penaklukan imperialis British yang termasyhur dalam sejarah itu gagal, akan tetapi erti penting dan pengaruhnya sangat besar. Lembaran sejarah cemerlang yang ditulis dengan darah pahlawan itu selamanya menyemangati rakyat Pahang dan rakyat seluruh negara maju dengan gagah berani demi kemerdekaan sejati.
Kisah perang ini telah diceritakan sendiri kepada saya oleh Datok Mat Lela dan lain-lain yang pernah terlibat secara langsung dalam perang tersebut. Mengenangi dan mempelajari kisah-kisah gemilang yang mulia melawan imperialis British yang hendak menakluki Negeri Pahang yang dipimpin oleh nenek saya Datok Bahaman bin Tok Noh inilah yang telah mengilhamkan saya mewarisi tradisinya dengan menyambung cita-cita dan wawasannya bangkit berjuang melawan pendudukan imperialis British yang bercokol di negeri kita demi untuk kemerdekaan dan pembebasan bangsa, agama dan tanah air yang tercinta!
Dicatat oleh Mat Amin pada
ANWAR DI PAHANG: SIAP LA NAJIB
SAKSIKAN KLIP2 VIDEO BUKTI PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP "MELAYU"
1. BERSAMA PROGRAM ANAK, DIBAWAH MAZLAN ALIMAN.
Program yang di jalankan sejak awal pagi 18hb ini mengunpulkan hampir 4ooo peneroka di selurh Pahang bagi melancarkan kempen menyaman pihak FELDA.
PELANCARAN PROGRAM LAPORAN KES PENEROKA FELDA KE MAHKAMAH.
Program ini bertujuan menyatupadukan para peneroka bagi menyaman FELDA atas kerja-kerja penanaman semula dan juga bayaran memproses minyak dengan pihak pengilang.
NILAI SENDIRI YANG HADIR....TAK KURANG 10,000 DI KAWASAN LUAR SANA...
HUTANG DENGAN BANK DUNIA SELESAI..NAMUN FELDA MASIH KEKALKAN 6.2...IKUT PENJELASAN MAZLAN ALIMAN
HUTANG DENGAN BANK DUNIA SELESAI..NAMUN FELDA MASIH KEKALKAN 6.2...IKUT PENJELASAN MAZLAN ALIMAN
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Subscribe to:
Posts (Atom)
TOP Ten Minggu INI
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Pengadu dalam kes fitnah liwat II, Saiful Bukhari Azlan nampaknya kena banyak banyak bersabar! Ini kerana rayuan yang dikemukakan melalui p...
-
Hatiku tertanya tanya apa kabar bibik di seberang, mengapa sepi tanpa berita?? Kirimkanlah beritamu walau sebaris ayat buat penawar rindu k...
-
Inilah video yang menunjukkan bagaimana kejamnya As-Sisi sehingga mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih ada ...
-
TEMERLOH, 23 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kat...
-
Kali ni kita berbicara tentang Mak Mah, SUPERBOROSWOMAN 1Malaysia untuk 2012 ini.. Segalanya bermula beberapa hari lalu apabila akhbar Sydn...
-
from SANGGAHTOKSAGO.COM Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam
-
BANYAK KENYATAAN MAHATHIR KELAKAR
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??