Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 16, 2010

Khir Toyo belum bersalah

Oleh Subky Latif   

KETIKA gabungan NGO Selangor yang dipercayai didalangi Umno berarak ke Istana Sultan Selangor dan ke Istana Negara mengadukan kononnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyatnya melakukan 30 penyelewengan, tiba-tiba sehari selepas menyerahan memo itu ke bawah duli Yang DiPertuan Agung dan dua hari selepas ia diserahkan kepada Sultan Selangor, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo di hadapkan ke mahkamah kerana dikatakan memalsukan dua lot tanah dan ada kepentingan sebuah banglo besar di Shah Alam.


Tan Sri Khalid cuba dibabitkan dengan penyelewengan, tetapi Menteri Besar Umno itu sudah dibabitkan dengan mahkamah. Tan Sri Khalid belum ada fail tentang apa yang dikatakan  30 penyewengan itu, tetapi Dr. Khir Toyo didapati oleh SPRM layak didakwa di mahkamah.
Apa pun Dr. Khir belum bersalah walaupun dia sudah didakwa di mahkamah. Selagi mahkamah belum memutuskan dia bersalah, maka dia adalah bersih. Soal apakah dia dilihat bersih  atau sebaliknya adalah hal yang lain. Dari segi undang-undang dia belum bersalah.
Dr. Khir bukan Menteri Besar Selangor yang pertama didakwa di mahamah. Malang bagi Umno sejak merdeka ada saja MB atau bekas MB yang dibawa ke mahkamah. Yang pertama Datuk Harun Idris dan yang kedua adalah Tan Sri Mohamad Mohd. Taib.
Datuk Harun telah disabitkan dakwaan rasuah oleh mahkamah dan dia telah menjalani hukuman penjara. Setengah rakyat menolak keputusan mahkamah atasnya dan Umno terus mengundinya bagi menjadi Naib Presiden selepas dia dibebaskan.
Tan Sri Mohamad ditahan di Australia kerana membawa duit seberat 17 kilo. Mahkamah Australia telah membebaskannya. Atas kejadian itu dia melepaskan jawatan menteri besar. Selepas dibebaskan oleh mahkamah, dia yang didapati bersih itu diangkat menjadi Ketua Penerangan Umno oleh Presidennya Tun Abdullah Badawi dan sebelum Abdullah bersara, Tan Sri Mohamad menjadi menteri.
Sekarang giliran Dr. Khir pula. Dia baru dalam peringkat dakwaan. Pada peringkat ini dia melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkan di Dun Selangor. Seperti Tan Sri Mohamad dulu, dia melepaskan jawatan Menteri Besar apabila dia didakwa.
Kebanyakan Menteri Besar Umno Selangor dilihat tidak bersih tetapi yang diseret ke mahkamah tiga orang termasuklah Dr. Khir.
Sekalipun Dr. Khir dilihat tidak berapa bersih tetapi ia adalah persepsi. Kalau orang yang sudah didakwa di mahkamah tidak dikira bersalah selagi belum didapati bersalah oleh mahkamah, lagilah orang yang dilihat tidak bersih dan tidak didakwa di mahmakah lagilah tidak dikira bersalah.
Orang di luar mahkamah tidak layak membuat hukuman kepada orang yang sedang didakwa. Hanya hakim yang mengadilinya yang layak menentukannya bersalah atau tidak setelah mendengar keterangan saksi dan setelah mendengar pembelaan dirinya jika dia dipanggil untuk membela diri.
Kita tidak tahu mana lebih berat antara dakwaan yang dikenakan kepada Tan Sri Mohamad Mohd. Taib di Australia dulu dengan dakwaan yang dihadapkan kepada Dr. Khir.
Tetapi dengan 17 kilo duit tunai yang didapati dibawanya di lapangan terbang, ia dirasakan begitu banyak. Jumlah wang itu tidak diketahui tetapi berat duit kurang tiga kilo saja dari had berat bagasi yang dibenarkan bagi seorang penumpang.
Banyak yang mengagak Tan Sri Mohamad tidak akan terlepas. Lagi pun mahkamah Australia tidaklah dilihat seperti institusi kehakiman di Malaysia. Mahkamah dan hakim di Malaysia berdepan dengan imej yang uzur. Tidak ada anggapan mahkamah Ausstralia berdepan dengan persepsi itu.
Tiba-tiba mahkamah Australia membebaskan bekas Menteri Besar Selangor itu.
Apa pun mahkamah ada wibawa dan seninya sendiri. Jangan ada yang hendak memandai atas dakwaan Dr. Khir itu. Setakat ini, dimaklumkan, Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara sendiri yang turun mendakwanya.
Dari segi politik sama ada Khir Toyo bebas atau dihukum, kedudukannya sudah tidak menentu. Jika Tan Sri Mohamad yang dibebaskan oleh mahkamah tidak diberi apa-apa perhatian oleh suasana politik yang ada, sedangkan dia adalah orang yang didapati tidak bersalah, maka bolehlah dikira payah bagi Dr. Khir untuk kembali ke arena politik seperti dulu.
Berapa lama kesnya berjalan tidak diketahui. Tetapi keputusannya mungkin diketahui pada masa pilihan raya kecil tidak layak diadakan menjelang tempoh tertentu pilihan raya umum. Kalau keputusan mahkamah itu dibuat sebelum tempoh itu, maka SPR terpaksa pula membuat persiapan pilihan raya kecil jika ia tidak memihak kepada yang dituduh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular