
Tan juga berkata jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Lim ke atas surat tunjuk sebab yang dikelaurkan pada 29 November lalu yang dijawab olehnya dalam masa sehari sahaja.

Ketika dihubungi, Lim berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi.
Lim diberikan tempoh 14 hari bagi menjelaskan denda itu yang akan dibayar kepada parti.
Semasa pemilihan pemimpin pada kongres DAP Selangor, ketika undi sedang dikira, Lim menjerit "Teresa (Kok)! Awak menang!".
Pengerusi kongres kemudiannya terus mengarahkan supaya Lim diiringi ke luar dari dewan.
Apabila, keputusan rasmi diumumkan, Lim yang berjaya menyelinap masuk ke dewan sekali lagi menjerit keriangan tanpa henti apabila pasukan yang disokongnya menang. Beliau sekali lagi diusir keluar.