Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 18, 2010

Kisah 'Ketuanan Melayu' yang cuba MEMANDIRKAN orang Melayu dan ada segelintir orang Melayu yang menjadi PANDIR sungguh!

Kisah 'Ketuanan Melayu' yang cuba MEMANDIRKAN orang Melayu dan ada segelintir orang Melayu yang menjadi PANDIR sungguh!

Sebahagian Pengkhianatan UMNO Terhadap Tanah Rizab Melayu.

UMNO menghilangkan 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995, bermakna 44 peratus tanah rizab tinggalan penjajah susut pada kadar 1.2 peratus setahun.

1. 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjong (kini YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar, asalnya ialah tanah rizab Melayu.

3. 9,000 hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 bersamaan 3,000 hektar sahaja diganti.

4. Pada 1990, seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang menetap di tanah rizab Melayu, dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

5. Pada 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan yang didiami 600 penduduk, dijadikan projek Seremban 2.

6. 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil alih untuk membangunkan New Township dan diusahakan Kuok Brother Collaboration UEM.

7. 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Trengganu diserah kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan.

8. Pada 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

9. Permohonan penduduk Kota Tinggi selama 20 tahun untuk mendapat tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor, ditolak tetapi diberikan kepada syarikat bukan bumiputera.

10. Sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi di kampung Chu Badak, Sentul Kuala Lumpur dijadikan pembangunan mega hingga menyebabkan 160 keluarga dihalau.

11. Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun dikorbankan untuk melaksanakan projek Penchala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

12. Sebanyak 840 hektar tanah rizab Melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor Ekonomi Pantai Timur) dilaksanakan.

13. Tanah seluas 2,500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak dijual kepada rakyat Singapura.

(Dipetik dari Warkah Keadilan 8 Disember dari sumber: Penerangan PAS Pusat)

Tambahan aku:

14. Berekar-ekar tanah-tanah orang Melayu miskin di kampung-kampung tradisional dan pinggir bandar serta pekan, termasuk tanah pusaka dijual murah-murah kepada golongan kapitalis bukan bumiputra yang berwang, untuk projek-projek pertanian dan projek sarang burung walid, demi menyara kehidupan yang tidak berharta dan papa kedana walaupun dikatakan sudah merdeka 53 tahun di bawah apa yang dipanggil 'Ketuanan Melayu". Wang jual tanah pusaka itu digunakan untuk membiayai pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah dan di IPT dan ada juga yang mengguna wang itu untuk kahwinkan anak dan membayar hutang pinjaman kerana kehidupan mereka memang 'diprogramkan' gerombolan agar berselirat dengan hutang. Lebih 'membanggakan' ada di kalangan broker tanah yang menjual tanah-tanah orang melayu kepada bukan Melayu adalah dari kalangan orang kuat parti 'Ketuanan Melayu" itu sendiri.

Demikianlah kisah 'KetuananMelayu' taik kucing !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular