Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 17, 2010

Anda masih kenal muka malaun ni?


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi pada semua pejuang Pakatan rakyat seluruh Malaysia. Tidak dilupakan Salam UMNO-APCO 1Malaysia-1Israel. 

Anda masih kenal muka malaun diatas ni? Dia MENIPU lagi dengan skrip terbaru. 

Lupakah anda dengan kenyataan mengejut beliau Julai lepas? "Saya terpaksa akui sememangnya saya banyak melakukan pembohongan untuk bersama Pakatan Rakyat, itu strategi dan saya sendiri pernah terlibat,” kata MP Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat Julai lalu.

Dan kini.. Skrip terbaru! Dibacakan di Parlimen semalam.
Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen. 

Dia berbohong tentang APCO. Dia nak tunjuk terer, jadi hero. Zul Noordin berbohong! dia kata Anwar yang rancang APCO, padahal Najib sendiri tak nafikan yang memang kerajaan ada mengupah firma APCO untuk menasihatkan kerajaan dalam isu berkaitan public relation. 

Benda ni masuk berita dah lama. Berbulan lepas, sekarang ni Zul Noordin cuba berbohong dgn kata APCO WORLDWIDE tak wujud. 

Ade ke dia kaitkan APCO dengan walkie talkie? 

APCO yang disebutnya itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. 

tak sangka puluhan juta malah rasanya telahpun mencecah lebih RM100juta najib laburkan pada 'walkie talkie'. Dan yang paling lawak mengalahkan lawak Mr. Bean apabila Najib sendiri mengaku penglibatan 'walkie talkie' ini dalam urusan sistem pertahanan negara dan menjadi penasihat untuk urusan pertahanan negara. 'Walkie-talkie' menjadi penasihat manusia? Hebat sungguh!

Wall Photos by Orenji Ren Oren
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular