Apa hal la dengan puak puak PKR nih... tak habih habih nak berpolitik cara kotor. Tau la korang semua tu mai dari lubuk Umno, sikit sebanyak kotoran dari Umno dulu terbawa bawa sama ke dalam PKR. Jika tidak masakan PKR akan jadi sebegini kelam kabut, kusut dan menyesalkan pada pandangan sesetengah pihak.
Cuba lihat kenyataan Chegubard atau sdr Badrul Hisham dalam blognya. Bekas calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), terpaksa menegaskan berkali kali beliau tidak akan mudah menyerah dengan keluar dari PKR apatah lagi dengan khabar angin bahawa dia akan menyertai parti yang diterajui oleh Zaid Ibrahim.
Persoalannya, kenapa sampai perlu berkali kali Chegubard menafikan benda yang bagi aku dikira sudah berlalu. Apa perlunya Chegubard diganggu dengan sebegitu rupa, bukankah baik masa yang terluang digunakan untuk memperkuatkan parti dan menyatukan ahli menghadapi lawan Umno yang berpuloh kali kuatnya dari kita yang asyik berpecah. Apa untungnya yang kita dapat dengan membelasah Chegubard yang sudah kalah. Aku melihat Chegubard dari sudut suara anak muda yang kritis terhadap diri, bangsa dan parti sendiri. Aku berpendapat Chegubard perlu diberi ruang yang luas menampilkan gayanya tersendiri dari di buli sedemikian rupa.
Yang sudah tu sudahlah... bina saja harapan dan objektif yang baru. Tekad yang di perbaharui ini perlu dianjakkan secara bersama, baik yang kalah atau yang menang.