by ADUN PAS SELANGOR on Thursday, December 16, 2010 at 10:09pm
Media arus perdana melaporkan kenyataan DS Najib bahawa Barisan Nasional berkuasa bukan kerana penipuan - ‘ kita tidak tipu dalam pilihan raya’. Najib dan kuncu-kuncunya mendapat kuasa kerana dipilih oleh rakyat. Ini satu pembohongan besar dari Najib
Najib sendiri sedar dalam tahun 1999 dia hanya dimenangkan dengan 242 undi. Ini pun bukan undi terbuka. Undi yang menyelamatkan Najib ialah undi ‘askar’ atau undi pos.
Cara membaca Media Arus Perdana diMalaysia amat senang. Apa yang dikatakan oleh menteri harus dibaca sebaliknya. Contohnya, jika menteri berkata Malaysia TIDAK ADA RASUAH maka bermakna di Malaysia ada rasuah. Jika menteri berkata semua rakyat sokong kerajaan bermakna ada rakyat yang TIDAK sokong kerajaan.
Umum telah lama mengetahui bahawa pilihan raya yang telah dijalankan dalam negara kita ini bukan satu pilihan raya yang bebas dan telus. Dari masa ke masa orang ramai makin sedar bahawa ada penipuan yang licik telah dan sedang dijalankan dalam proses pilihan raya. Cerita dan surah pilihan raya tipu ini telah menjadi lagenda rakyat.
Apa yang menghairankan DI MANA PENIPUAN ITU DIJALANKAN?
Penipuan utama dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Cukup senang tak payah bersuluh untuk memahami bahawa SPR ini tidak boleh dipercayai. Sesiapa yang percaya kepada SPR samalah seperti percaya bahawa Lingam adalah peguam yang jujur
Setiap sepuluh tahun akan diadakan persempadanan semula. Ini jerat pertama. Penyokong Pakatan Rakyat akan ‘dipindahkan’. Pemindahan ini cukup licik. Bukan nama mereka dialihkan tetapi kawasan mereka dimasukkan ke satu kawasan lain. Kawasan mereka akan dimasukkan ke kawasan yang majoritinya menyokong parti lawan. Dengan cara ini jumlah mereka akan menjadi longgar. Ini terjadi kepada kawasan Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Hasilnya kedua-dua ahli parlimen ini hilang kerusi pada tahun 2004. Kini menjelang PRU 13, Majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat mesti diperolehi dalam cara apa sekali pun. supaya mereka bebas mengubal undang-undang bagi kebaikan mereka. Penggantungan satu persatu MP Pakatan Rakyat semacam sudah disusun dalam SOP, dan kini peringkat perlaksanaan sahaja.
Tak percaya lagi pilihan raya menipu?
Cara kedua ialah pemindahan lokasi mengundi. Anda tentu masih ingat bagaimana dalam PRK Hulu Selangor tempuhari pemindahan ini membabitkan lebih 13,000 pengundi.
Pada ketika itu PKR mendakwa SPR mengubah pusat pengundian yang dikhuatiri akan menjejaskan 13,488 pengundi di bahagian Hulu Selangor yang dimenangi calon PKR dengan majoriti tipis dua tahun sebelumnya.
PKR percaya tindakan mengubah tempat mengundi bertujuan mencetuskan suasana kelam-kabut pada hari pengundian dan tindakan SPR itu sebagai “tidak bijak dan tidak bertanggungjawab” kerana menyebabkan kekeliruan.
“Sementara itu SPR memberikan kenyataan mengelirukan. Pengerusi memberitahu bahawa ‘kami perlu mengubah demi keselesaan pengundi’ manakala timbalan pengerusi pula berkata dakwaan saya tidak masuk akal".

Dalam semakan daftar pemilih dari daftar pemilih 2008 dan 2010 dan menunjukkan bahawa pusat pengundian yang diubah ini melibatkan lebih 13,000 pengundi.
Sambil menyifatkan perubahan pusat mengundi melibatkan lebih 13,000 pengundi didakwa sebagai tidak masuk akal, SPR menafikan pihaknya sengaja memindahkan lokasi pengundian pengundi-pengundi berkenaan.
“Tidak mungkin berlaku. Kalau berlaku pun angka 13,000 adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad mempertahankan bahawa jika pun perubahan itu berlaku iasemestinya melibatkan proses permohonan oleh pengundi-pengundi terbabit.
“SPR ataupun pegawai suruhanjaya dengan sengaja tidak boleh mengubah tempat mengundi seseorang pengundi. Ia mesti berdasarkan permohonan daripada pengundi sendiri, di mana pengundi sendiri kena muncul (hadir di kaunter) untuk membuat permohonan perubahan tempat mengundi,” kata beliau lagi.
“Seratus peratus SPR tidak terlibat, pegawai SPR pun tidak boleh sesuka hati memindahkan seseorang,” katanya lagi.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, di DUN Hulu Bernam, ia melibatkan pengundi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernama ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Hulu Bernam (35 pengundi), dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah (331), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalumpang ke SRA Kalumpang (235) dan SRA Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam (Ladang Ascot) melibatkan 1,085 pengundi.
Dalam DUN Kuala Kubu Baru pula, pemindahan melibatkan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Kuala Kubu Baru ke SMK Dato’ Haji Kamaruddin (2,824) dan SRA Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801).
Di DUN Batang Kali pula, dari SK Serendah ke SRJK Cina Serendah (751), SRJK Cina Serendah ke SRA Serendah (1,898), SRJK Cina Serendah ke SK Serendah (906) dan SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,270).
Selain itu, pusat mengundi baru di SRA Taman Bunga Rakyat melibatkan pemindahan dari daerah mengundi Bukit Beruntung ke SRA Taman Bunga Raya (5,501), Taman Bunga Raya ke SRA Taman Bunga Raya (302) dan kawasan sekitar melibatskan 498 pengundi.

Cara ketiga ialah menambah undi pos. Contoh terbaik menjelang PRU 12 berlaku di Dun Belantek, Kedah. Tanpa hujan tanpa kilat tiba-tiba wujud 1,031 undi pos. Undi pos ini telah disediakan oleh SPR. HarakahDaily.Net - SPR gagal jawab isu bawa masuk 1031 undi pos
Tak percaya lagi pilihan raya menipu?
Penggunaan DAKWAT akan digunakan untuk MEMBUNUH pengundi hantu. Ini adalah satu tuntutan lama. Akhirnya menggunaan dakwat yang sangat berkesan ini menjadi cerita dongengan dan akan menjadi sejarah yang tidak menjadi di Malaysia. Mengapa ini berlaku, kerana SPR ini badan yang tugasnya menipu rakyat dalam pilihan raya.
Bersambung akan datang
1. Langkah-langkah serta tindakan yang perlu diambil oleh Pengundi terhadap SPR jika nama anda dipindahkan tanpa permohonan ke daerah mengundi lain semasa semakan dilakukan.
2. AWAS Pengundi Parlimen Kota Raja, anda bakal menerima rakan pengundi baru yang tidak dikenali khususnya di Sri Andalas & Jalan Kebun sebagai satu taktik UBN untuk merampas Selangor. Lakukan semakan daftar pemilih secara teliti dan pastikan setiap pengundi adalah tulin dan bukan yang dipindahkan kekawasan anda. Bertindak Segera, lapurkan kepada UPP JPrK PAS Kawasan Kota Raja ditalian 012-3858801 dan 012-2578204 untuk info dan tindakan.