KUALA LUMPUR, 17 Dis — Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kira-kira 2,000 perwakilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.
Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.
Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha awal hari ini semestinya akan turut dibincangkan.
Pada zahirnya, pakatan pembangkang dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda “pemimpin paling utamanya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikileaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.
Hakikatnya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.
Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan “halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat.”
“Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar,” katanya.
Beliau berkata pakatan pembangkang perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.
Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.
Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang — Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan — dalam pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lepas bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak bersatu padu.
Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.
DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam kesemua enam kawasan pilihan raya.
Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu Apco, dan R.Sivarasa (Subang), Azmin Ali (Gombak) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.
Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.
Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata pakatan pembangkang mesti meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan “sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami.”
Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh Wilkileaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar. “Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu Wikileaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar gosip berbanding fakta,” katanya.
Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat. Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau pakatan pembangkang. “Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan,” kata pengarah strategi PKR Tian Chua.
Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.
Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas,” katanya.
Pakatan pembangkang juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita). Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.
Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan “lebih banyak calon yang profesional dan beretika” dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.
Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.
Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, “masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap.” — Bernama
Saturday, December 18, 2010
TOP Ten Minggu INI
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Kali ni kita berbicara tentang Mak Mah, SUPERBOROSWOMAN 1Malaysia untuk 2012 ini.. Segalanya bermula beberapa hari lalu apabila akhbar Sydn...
-
Hatiku tertanya tanya apa kabar bibik di seberang, mengapa sepi tanpa berita?? Kirimkanlah beritamu walau sebaris ayat buat penawar rindu k...
-
Inilah video yang menunjukkan bagaimana kejamnya As-Sisi sehingga mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih ada ...
-
TEMERLOH, 23 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kat...
-
BANYAK KENYATAAN MAHATHIR KELAKAR
-
Harakahdaily Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengan...
-
cikgunormala.blogspot.com
-
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??