Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 18, 2010

ASKAR PENCEN AHLI SYURGA






Mamat ni kononya dari keluarga yang beragama. Mamat ni kononya dari keluarga orang kuat Pas di Kedah. Orang Pas suka dengaq kalau mamat ni jadi panel forum perdana dulu. Sedap sungguh kalau mamat ni berkelentong dalam Forum Perdana bersama dulu.

Hari ini mamat ini sudah jadi umno. Betulkah dulu mamat ini Pas? Itu mamat ni punya pasal dia nak Pas ka atau dia nak umno. Tapi mamat ni dari dului menjadikan agama sebagai tempat dia mencari duit. Mamat ni belajar

 agama pasai nak jual agama. Mamat ni masuk 
askar sebab nak jual agama dalam askar.

Hari ini juga mamat ini telah jadi menteri. Kalau mamat ini tak belajar 

agama sampai bila mamat ni tak boleh jadi menteri. Umno ambik 
mamat ni jadi menteri sebab nak ambik hati orang Kedah. Umno 
ambik mamat ni jadi menteri sebab mamat ni boleh tipu orang dengan
 ilmu agama yang dia ada.

Hari ini juga mamat ini kata pluralisme bertentangan dengan Islam.

 Apa itu maksud pluralisme? apa itu pluralisme? Jangan tanya Mat 
Sopi sebab mat sopi satu haram tak tau apa. Mamat ni kata 
Fahaman pluralisme agama ialah satu kronologi yang dianggap
 sebagai kepelbagaian dan kemajmukan dengan membawa 
maksud semua agama adalah sama dan benar. 

Apa yang mamat ni dok merepek? Kenapalah bodoh pun boleh 

jadi menteri? Apa yang mamat ni faham tentang isme isme?
 Bagai mana pulak nasionalisme tempang yang umno amalkan?
 Bagai mana pulak fahaman asobiyah yang umno amalkan?

.......................................................................................................

Jamil Khir: Fahaman pluralisme agama bertentangan dengan Islam

December 18, 2010

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga, kiri) sempat
 berbual dengan salah seorang deligasi Thailand
Stadium Sultan Abduk Halim di sini, hari ini
.— Gambar Bernama
























ALOR SETAR, 18 Dis — Fahaman pluralisme agama adalah bertentangan 
dengan ajaran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk 
Seri Jamil Khir Baharom.Beliau berkata fahaman pluralisme agama 
mampu membuat orang Islam terpesong dari landasan Islam sebenar.
“Fahaman pluralisme agama ialah satu kronologi yang dianggap sebagai
 kepelbagaian dan kemajmukan dengan membawa maksud semua agama 
adalah sama dan benar.


“Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana ia 
menyentuh soal akidah umat Islam. “Islam adalah agama yang Ad-Din
dan sempurna dan fahaman ini mampu memesongkan akidah umat Islam
kerana membawa kesamarataan kepada semua agama,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Majlis Karnival Antarabangsa HR dan Jom
 Cegah Dadah di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang pandangan tokoh Islam yang berpendapat
 bahawa golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu 
seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan
 mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick dan perlu ditentang 
kerana fahaman tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.


Jamil Khir bekata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa membuat pemantauan secara berterusan bagi membendung hal berkaitan agama Islam
 yang mampu memesongkan akidah masyarakat Islam.


“Kita akan melakukan kerja pemantauan secara berterusan dan penguatkuasaan
 akan dilaksanakan sekiranya ada maklumat berkaitan aktiviti yang membawa 
kepada kepincangan akidah,” katanya. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular