KUALA LUMPUR: Pendakwa raya patut menggugurkan kes Fitnah II berikutan bahan bukti yang dikemukakan mereka, ditolak pada bicara dalam perbicaraan, minggu lalu.
Bercakap kepada KeadilanDaily, peguam, Mohamed Hanipa Maidin percaya tindakan itu tidak diambil disebabkan ‘tangan dan kaki’ pendakwa raya ‘diikat’ pihak tertentu.
“Jika ia melibatkan individu lain, pasti kes itu tidak diteruskan. Satu-satunya kesalahan Anwar adalah nama beliau ‘Anwar Ibrahim’. Jika nama lain, kes ini pasti digugurkan,” katanya.
Malah, beliau berkata, pendakwa raya sepatutnya menggugurkan kes ini di peringkat awal perbicaraan kerana tiada penembusan berlaku dalam kes Fitnah II itu.
“Sepatutnya jika tiada penembusan, tidak ada pendakwaan tetapi sekarang, tiada penembusan atau persecution tapi ada penganiayaan (terhadap Anwar),” katanya lagi.
Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tiga bahan bukti – tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan satu berus gigi, yang diambil secar tidak sah, ketika Anwar ditahan di lokap pada Jun 2008.
Polis kemudian menggunakan tiga bahan itu untuk mengambil DNA yang dipercayai diletakkan sebagai sampel untuk dipadankan dengan sampel pada dubur Saiful Bukhari Azlan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8782