Kalau sebelum ini Tun Mahathir di dalam bukunya yang hot dalam pasaran "Doctor in the house", mengaku dengan jelas bahawa dia sekadar menjadi pak turut sepanjang menerajui Malaysia selama 20 tahun, sambil menuduh Sultan Johor yang sudah meninggal dunia yang bersalah di dalam pemecatan Tun Salleh Abas (Ketua hakim Negara) [Pak Turut]. Sayang kerana kita tidak dapat mendengar Almarhum Sultan Johor untuk membela diri.
Namun dakwaan Tun Mahathir kepada Tengku razaleigh Hamzah, dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan punya badan berkenaan tuduhan Ku Li menggunakan politik wang di dalam pemilihan UMNO serta tuduhan Ku Li menjadi penyebab UMNO diharamkan. Malah Ku Li menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan Mahathir terhadap dirinya [Msian Insider].
Apa yang lebih menarik, Tun Mahathir mengaitkan seorang lagi yang sudah lama meninggal dunia di dalam bukunya. Menurut laporan News Strait Time, Tun Mahathir yang mendakwa ada bertemu dengan Dr Sheares, sebenarnya tidak betul, kerana semasa lawatan yang didakwa dilakukan olehnya itu, Dr Sheares sudah meninggal dunia 7 bulan lebih awal [NST].
Mungkin Tun Mahathir pada ketika itu bertemu dengan roh Dr Sheares kah kah kah.
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/gempar-tun-mahathir-bertemu-dengan.html#ixzz1H2HVELWb