Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 17, 2011

Nazri bermatian bela ROSMAH

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) menyanggah dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membuat tohmahan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Zailah berkata, Pakatan Rakyat bukan membuat tuduhan melulu sebaliknya bercakap berdasarkan laporan media mengenai kenyataan Rosmah mengenai tsunami di Jepun baru-baru ini.
Rosmah seperti dilaporkan media berkata, tsunami yang berlaku itu adalah kerana kegagalan Jepun melaksanakan pembangunan yang mesra alam.
"Saya menyanggah kenyataan Menteri di JPM bahawa Pakatan Rakyat membuat satu fitnah (terhadap Rosmah) sedangkan kenyataan ini ialah realti dan dikeluarkan media," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Zailah yang juga Timbalan Muslimat PAS Pusat juga menyifatkan kenyataan Rosmah itu sebagai memalukan negara dan menggambarkan beliau kurang sensitiviti terhadap rakyat Jepun.
"Ini satu perkara tak bertaggungjawab yang dilakukan Rosmah, dalam keadaan Jepun menghadapi peristiwa menyayat hati seharusnya kita bersimpati.
"Beliau mengeluarkan kenyataan ini atas kapasiti sebagai wanita pertama negara, ini adalah perkara yang memalukan negara dan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) melibatkan Rosmah yang gagal dijelaskan Nazri meskipun ianya jelas menghina Rasulullah s.a.w dan Islam.
"Berkaitan IFF ini memang bercanggah dengan Islam sendiri, pakaian yang menjolok mata dan keadaan yang menghina Rasulullah s.a.w.
"Sebab itu kita tanya apa bidang kuasa sebenar wanita pertama sebab kita tak mahu dia mencampuri urusan yang bukan kepakarannya kerana itu menjejaskan imej negara," katanya.
Zailah ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di dalam dewan sebelum itu meminta Nazri menjelaskan bidang kuasa Rosmah kerana dilihat sering mencampuri urusan negara yang di luar bidang kuasanya.
Nazri dalam jawapannya terus berdolak dalik dengan menuduh Zailah dan Pakatan Rakyat yang lain membuat tuduhan tidak berasas mengenai kenyataan Rosmah berkaitan tsunami di Jepun.
"Ini memang stlye PAS, kalau nak baca baca sekerat je. Kena baca semua first lady (Rosmah) kata apa.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad (kanan) kemudiaannya mencelah dengan meminta Nazri membacakan kenyataan itu secara penuh.
Nazri bagaimanapun meminta Pakatan Rakyat menghantar notis dahulu.
"Lain kali bagi notis dulu baru boleh baca. Bangun berdiri tanya terus macam mana?” katanya.
Berkenaan IFF pula, Nazri berkata ianya sebagai menghormati permintaan orang bukan ISlam.
"Majlis yang dijemput kita pergi. Kalau Yang Berhormat tak suka hadir fesyen show saya percaya ramai lagi yang suka. Di Malaysia 45 peratus bukan Islam, jadi ada perkara yang ada kaitan dengan orang bukan Islam yang kita perlu ambil kira," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (kiri) pada sidang media sama berkata, bukan isu ianya dihadiri oleh bukan Islam tetapi yang dipersoalkan ialah pakaian yang diperagakan itu menghina Nabi Muhammad.
"Nazri kata IFF dituntut oleh orang bukan Islam. Itu bukan isunya tapi isunya ialah festival fesyen itu ialah festival Islam dan menunjukkan fesyen Islam tak kira siapa penontonnya," katanya yang juga Ketua Wanita PKR.
Terdahulu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri menyatakan peranan dan sumbangan kepada negara oleh wanita pertama negara dalam beberapa siri lawatan ke luar negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular