Gambar ini diperolehi dari blog sahabat Batu Gajah Mari. Seorang pengacara Ahmad Fedtri Yahya pengendali rancangan Malaysia Hari Ini, MHI yang disiarkan setiap pagi di TV3, dilihat bersama-sama dengan Bob Lokman di dalam Talkshow di Kota Damansara.

Hal ini menimbulkan desas desus bahawa pengacara terkenal ini barangkali sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk menyertai Parti Islam se-Malaysia, PAS.

