Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tersilap sangka mengenai isu projek menaik taraf dua unit tandas awam di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.
Menurut yang dipertuanya Sapiah Haron (gambar), kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir.
Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan.
Beliau turut menyangkal dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononnya tender yang dikeluarkan adalah secara terus tetapi sebaliknya ia dikeluarkan secara terbuka mengikut peruntukan Kementerian Kewangan.
"Lagi pun, peruntukan untuk projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka.
"Lebih 100 kontraktor telah membida untuk mendapat peluang itu dan kita telah bawa mereka semua untuk melakukan lawatan tapak dan meninjau kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan terhadap projek menaik taraf untuk dua unit tandas terbabit.
"Malah kontraktor yang terpilih pun adalah dari kalangan yang menawarkan harga terendah sekali," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononya kos projek berkenaan dua unit tandas terbabit sama nilainya dengan kos untuk membina sebuah banglow dua tingkat seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac lalu.
Jelas Sapiah, dua unit tandas berkenaan terpaksa dinaik taraf berikutan ianya sudah tidak sesuai lagi digunakan berikutan hampir keseluruhan bahagian tandas terbabit sudah rosak termasuk saluran paip utama, pintu, lantai, lampu, bumbung dan pelbagai lagi.
"Kita terpaksa menukar sistem paip aliran terus dan aliran tangki simpanan pada kedua unit tandas ini manakala kita turut memasang jubin pada keseluruhan lantai dan dinding bangunan itu bagi memudahkan penjagaannya.
"Kesemua singki tandas berkenaan ditukar baru dan dipasang granit. Manakala sistem saliran kumbahan kita tukar baru dan kita mengantikan tangki septik individu pada tandas terbabit.
"Selain itu, keseluruhan tingkap, pintu, termasuk jenang kita tukar. Kita juga membina struktur tambahan baru iaitu kaunter di sebelah hadapan yang sebelum ini memang tiada," katanya.
Menurut Sapiah, kerja-kerja berkenaan juga membabitkan pembinaan dinding penahan (rubber wall) dan membina laluan baru pejalan kaki. Longkang di sekeliling tandas yang sebelum ini tiada.
"Kesemua mangkuk tandas yang sudah rosak kita tukar baru termasuk aksesori lain manakala sistem pendawaian untuk kedua-dua unit tandas terbabit kita tukar.
"Secara kesimpulan kita menukarkan hampir keseluruhan tandas berkenaan yang sebelum nampak terlalu uzur sekaligus memberikan imej baru kepada pengunjung," katanya.
Sapiah berkata, pihaknya sudah pun mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar.
Ulasan GB
Pertama mengenai kos. Ternyata tidak jauh beza dari maklumat yang didedahkan. RM196 ribu kos sebenar dengan RM199 ribu kos yang didakwa.
Kedua: Apakah benar ianya tender terbuka dan kos RM196 ribu adalah yang terrendah? Jawapan itu mencurigakan.
Ketiga: Menurut YDP MPHTJ, projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka. Jika demikian apa pasal pula tindakan MHTJ mempertahankan secara terperinci projek berkenaan? Cukup sekadar menyatakan ia di bawah Kem Pembangunan Perumahan & Kerajaan Tempatan. Tak begitu?
Siasatan rapi perlu dilakukan. SPRM, PAC dan Jabatan Audit Negara perlu menyiasat ke akar umbi.
Sebarang ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat perlu diambil tindakan.