Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 17, 2011

Pakatan Rakyat syor Interlok diganti novel lain


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini sepakat untuk mengesyor kerajaan supaya menggantikan novel Interlok yang digunakan untuk Komponen Sastera (Komsas) mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Tingkatan Lima, dengan karya sastera lain.

Sidang media Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen

Pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Sungai Pertani, Datuk Johari Abdul, berpendapat novel itu tidak sesuai kerana mengandungi elemen sensitif.
Beliau berkata, mereka tidak bersetuju jika Kementerian Pelajaran mahu meminda kandungannya kerana keaslian sesebuah karya sastera perlu dikekalkan.
“Ia boleh digunakan oleh masyarakat umum sebagai bahan bacaan biasa. Tetapi untuk menjadikan bahan bacaan wajib mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya rasa ia bukan keputusan bijak,” katanya.
Johari berkata, pandangan kerajaan melalui penubuhan panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel itu, tidak akan berhasil kerana rakyat Malaysia, umumnya berasa sensitif, dan novel itu perlu diganti karya lain.
“Rakyat merasa bahawa buku ini sensitif. Bayangkan seorang guru Melayu yang mengajar anak-anak muridnya yang terdiri dari kaum India. Bagaimana cara dia mahu mengolah, dan dalam olahan itu akan berlaku kesilapan?
“Sensitiviti itu subjektif. Kita tidak harus mengambil risiko,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, masa depan generasi masa depan di Malaysia perlu dibentuk oleh pandangan yang dirujuk dari karya yang mempunyai nilai dan norma yang harmoni.
“Hak untuk berkarya adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tetapi, untuk menjadikan buku ini sebagai buku teks pelajar SPM, ia tidak wajar,” katanya.
Turut hadir pada sidang media itu ialah, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan M Kulasegaran (Ipoh Barat) dan M Manogaran (Teluk Intan).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9157
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular