Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 19, 2011

BERWIBAWAKAH SPR JIKA ‘HANTU’ MENGUNDI?


Oleh: MEDIA PKR TENOM
SISTEM pilihanraya yang digunapakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan 12 pilihanraya umum sejak 1959, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bahkan SPR sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dengan melakukan proses rekayasa menerusi usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusan operasinya demi untuk memperkasakan sistem pilihan raya, sekali gus demokrasi Malaysia seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac 2011.

Mengulas kenyataan Nazri, bahawa SPR sebagai berwibawa dan mengamalkan demokrasi, Halik Zaman yang memegang jawatan Teknologi Maklumat dalam Jemaah Presiden PKR Sabah berkata, sistem pilihanraya Kerajaan BN itu dibuat secara betul tapi tidak bagus oleh kerana 'perlaksanaannya mengikut acuan UMNO demokrasi terpimpin'.

"SPR juga gagal mengenalpasti orang yang sudah lama meninggal dunia kerana hakikatnya mereka boleh bangkit dari kubur demi untuk mengundi kemenangan BN. Bagaimana dikatakan berwibawa kalau masih ada ruang untuk menipu dan tidak ditangani dengan sempurna?" tanya Halik.

Kata Halik, dalam PRK atau PRU, rasuah terus berleluasa, Perdana Menteri dan Timbalannya beri projek kilat; ubah suai masjid RM3 juta; buat projek naik taraf jalanraya, buat jambatan, buat balai raya, bagi zink, tangki air, beras, beri plywood kepada rakyat, bagi mesin rumput, menaikkan gaji polis, tentera dan pekerja Kerajaan, memberi bonus peneroka Felda dan berbagai rasuah berlaku dalam PRK atau PRU; tetapi SPR menutup dua belah mata.

"Bila parti pembangkang bantah, dengan selamba sahaja SPR atau Menteri yang berkenaan menjawab bahawa projek dan kenaikan gaji itu dah memang seawalnya lagi sudah ada dalam perancangan untuk dibahagikan. Tapi kalau sudah ada dalam perancangan kenapa dalam pilihanraya baru diberi? Kenapa tidak diberi sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya? Bukan kah perbuatan begitu dikategorikan sebagai rasuah? Nazri harus tahu apa itu wibawa dan demokrasi? Beliau masih jahil dengan istilah demokrasi dan berwibawa," tegur Halik Zaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular