Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 16, 2011

Bila PR buat DEMO pasti ada yg kena tahan



Demo Minta DNA boleh.. bantah tak boleh?

Demo bantah serah DNA, Ketua AMK Pulau Pinang ditahan polis

NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan seorang lagi individu dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini.
Adakah polis akan bertindak sama terhadap demontrasi pro-Umno?

Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah.
“Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis,” kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.

Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah
Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak ‘disentuh’ polis.
Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.
Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya  dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9104
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular