Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 18, 2011

KAMPUNG BARU DAN RUMAH MERDEKA


Pernahkah anda mendengar nama Rumah Merdeka? Sekitar awal 1946, ketika UMNO belum didirikan, sudah ada sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dikenal dengan nama Rumah Merdeka.

Rumah itu didiami oleh anak-anak muda berhaluan kiri terutamanya pimpinan penting PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya). Mengikut Abdullah C.D., rumah itu kepunyaan Makcik Aini. Nama Rumah Merdeka diberikan oleh Sutan Djenain, seorang veteran revolusi Indoenesia. 

Dari Rumah Merdeka inilah pimpinan PKMM melancarkan perjuangan menyedarkan orang Melayu bangun berjuang untuk kemerdekaan tanah air yang kemudiannya menjalar ke seluruh Malaya.

Dalam Memoir Bahagian Pertama, Abdullah C.D. seorang anggota Rumah Merdeka menulis:

“Nama ‘Rumah Merdeka’ yang diberikan oleh Pak Sutan Djenain kepada kediaman kami di Kampung Bahru itu memang sesuai. Ia satu nama yang penuh bersemangat dan mencerminkan semangat dan cita-cita kami. Dari Rumah Merdeka inilah kami melancarkan perjuangan menuntut kemerdekaan.”

“Rumah Merdeka selalu dikunjungi orang. Mereka yang mahu berhubungan dengan PKMM kebanyakannya datang ke sini. Ada seorang pemuda (tak ingat namanya) selalu datang ke sini untuk membaca buku. Yang menarik perhatian saya ialah semua buku di situ dibacanya. Dia menjadi salah seorang anasir cergas PKMM.”


“Pada suatu hari, penanggungjawab PKMM Pahang, Mahmud Baginda, datang ke Rumah Merdeka. Dia minta pertolongan dari saya untuk membantu dua orang anaknya mendapatkan pekerjaan. Pada mulanya saya fikir dia hanya berseloroh sahaja, tetapi kemudiannya dia betul-betul membawa dua anaknya iaitu Osman Abadi dan Zainab Mahmud Baginda. Anggota Rumah Merdeka menjadi semakin ramai. Selain daripada kami terdapat pula beberapa orang yang menumpang di situ, iaitu Yahya (adik Khatijah Ali), Osman Abadi dan Zainab Mahmud. Saya terpaksa menyediakan satu bilik khas untuk Zainab Mahmud.”
Sebelum itu, iaitu pada tahun 1937, Kampung Baru telah menciptakan sejarah gemilang dengan berdirinya KMM (Kesatuan Melayu Muda) di bawah pimpinan Haji Ibrahim Yaacob. KMM adalah parti Melayu yang pertama dalam sejarah Malaya (kini Malaysia) yang berjuang untuk merebut kemerdekaan tanah air.

KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular