Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 19, 2011

Panas! Blogger hanief.blogspot.com kena tahan polis!


Lagi blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis, SKMM



KUALA LUMPUR: Seorang blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis tengah malam tadi dan komputer riba miliknya, dirampas.
Blogger yang dikenali sebagai Hanief kemudian dibawa ke balai polis Sentul selepas proses tangkapan yang turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua melalui twitter, berkata beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik kepada blogger berkenaan.
“Polis dan SKMM juga meminta password. Malah, beberapa komputer dan modem milik bapa blogger itu turut dirampas,” katanya.
Mengikut maklumat yang diterima KeadilanDaily,  Hanief kemudian dibebaskan antara jam 2.30 pagi ini tetapi beliau diarah memberi keterangan di balai polis berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.
Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.
Ini bukan tindakan atau tekanan pertama terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat.
Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.
Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu.
Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN). 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9285
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Baca tweet terbaru neh ;



Update : 1.37 am.


1. Blogger's hanief telah ditahan oleh sepasukan polis lebih kurang dekat-dekat nak tengah malam tadi.


2. Blogger's hanief neh baru berusia 21 tahun.


3. Muda lagi rupanya.


4. Polis telah merampas dan mengeledah semua peralatan komputer miliknya.

5. Polis ketika ini sedang meminta password komputernya hanief untuk digeledah. [ketika perkara ini di tulis lhar]

6. Ketika ini tian chua yang dihubungi oleh bapa pengendali blog hanief.blogspot.com sedang bergegas ke balai polis sentul untuk membantu blogger tersebut menghadapi soal-siasat. [ketika perkara ini di tulis]

7. Di maklumkan oleh tian chua blogger tersebut di tahan di bawah akta hasutan.

8. Hasutan macam mana? Aku pun tak sure.

9. Tapi aku rasa selepas ini mungkin aku dan geng2 yg len pun bakal di tahan dan di geledah..

10. So, ini kah nama nya kebebasan bersuara? Lue fikirlah sendiri.

Update 2.21 am :

Kronologi kejadian ;

1. Bapa kepada blogger hanief menghantar mesej kepada yb tian chua dan memaklumkan apa yang berlaku kepada hanief.

2. Hanief telah di tahan di rumahnya pada waktu lewat malam.

3. Rumah mereka digeledah dan beberapa peralatan komputer hanief telah dirampas.

4. Mereka kemudian nya di bawa ke ipd polis sentul untuk siasatan lanjut.

5. Semasa sedang di soal-siasat hanief diminta untuk berikan password [tak pasti samada password youtube, komputer ataupun blog] kepada MCMC agar mereka boleh menyelongkar isi dalaman komputer milik hanief.

6. Kemudian yb tian chua tiba di ipd polis sentul lebih kurang jam 1.00++. [aku pun tak catit masa tadi masa dia update twitter].

7. YB tian chua kemudian nya mempersoalkan kewajaran pihak polis dan mcmc menahan blogger lewat malam. 

8. YB tian chua juga meminta polis melepaskan hanief jika sesi soal jawab sudah selesai dan pulangkan semua peralatan komputer hanief. Dan meminta siasatan di sambung pada siang hari.

9. Namun MCMC enggan melepaskan hanief. Mereka juga bertindak mahu membuat laporan polis terhadap yb tian chua atas alasan apa yang saya kurang pasti di sini.

10. YB tian chua bertegas kepada MCMC bahawa mereka harus melepaskan hanief apatah lagi mereka tiada waran untuk menangkap blogger tersebut.

11. Menurut yb tian chua, jika MCMC tidak mahu menahan hanief [sebab tiada kes kukuh] maka sila lepaskan hanief segera. 

11. Tetapi MCMC siap buat lawak dan mengatakan bahawa hanief sendiri yang saja suka-suka datang untuk disiasat tengah malam. [aku tengah gelak pecah perut neh]

12. Akhirnya MCMC melepaskan hanief dari sesi soaljawab tetapi hanief mendapat notis untuk hadir ke HQ MCMC keesokan hari [dah masuk hari neh dah] pada waktu 1o pagi bagi siasatan lanjut di bawah akta hasutan.

Gambar pegawai MCMC.. sumbangan yb tian chua ;

Sila klik sini dan sini.

Ameno : Seme ko nak tahan yerk polis. patutlah penjenayah sebenar masih bebas.. ko ske tangkap org yg salah beb..

amenoworld

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dari Milo Suam :


Berita yang diperolehi daripada twitter MP Batu, Tian Chua mengesahkan blogger muda Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil kini dalam tahanan Polis dikatakan ditahan di bawah akta hasutan.


Ini wajah pegawai-pegawai MCMC yang menahan Hanief.


Kemungkinan besar Hanief berjaya dijejaki oleh pihak Polis berikutan entry terbaru di blognya ada mendedahkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan hanief [Blog Hanief].

Baca juga di sini [Ameno World]

ReJaM© "Mungkinkah kita akan melihat kebangkitan anak muda menentang penahanan ini?"

Update: Blogger muda Hanief sudah dilepaskan untuk malam ini dengan bantuan YB Tian Chua. Pihak MCMC mengeluarkan notis untuk hanief hadir membantu siasatan di bawah ini dokumen notis yang dimaksudkan. [Sila klik untuk membesarkan image]


Anda mungkin juga meminati:
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/blogger-haniefblogspotcom-ditahan-polis.html#ixzz1H46oKlpb

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
DARI SELATAN ONLINE


Blogger hanief (video demo beruk) di tahan Polis.


Macam peribahasa melayu, "Jerat tak pernah lupakan pelanduk", akhirnya blogger Hanief ditahan polis sebab kesilapan diri sendiri, kelalaian dia sendiri, dedahkan maklumat peribadi sendiri bila dia paparkan maklumar dia dah layak untuk mengundi hasil carian web SPR.

Bukan la aku nak salahkan dia, tapi sebagai ingatan kepada blogger lain, yang rasa mungkin polis cari, jangan la sekali-kali tersilap langkah, terlalai.

Macam yang Milosuam tulis:
Berita yang diperolehi daripada twitter MP Batu, Tian Chua mengesahkan blogger muda Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil kini dalam tahanan Polis dikatakan ditahan di bawah akta hasutan.
Kemungkinan besar Hanief berjaya dijejaki oleh pihak Polis berikutan entry terbaru di blognya ada mendedahkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan hanief [Blog Hanief].
Aku yakin memang dah dari dulu dah polis cari blogger ni tapi masih tak berjaya. Pasainya, memang dah lama dah blogger ni buat kerja bikin video yang memang buat polis marah. Dah lama dah dia buat kerja bikin video tu.

Video yang dia edit memang banyak yang 'mengancam', jadi memang tak heran la kalau polis cari dia pun. Sebelum ni aku ada paparkan clip youtube Ust Kazin belasah Rosmah Najib, budak Hanief ni punya kerja jugak tu.

Antara yang paling aku ingat, clip dia yang kat bawah ni,
 
Dia katanya dah dibebaskan, tapi akan dipanggil untuk siasatan lanjut  dibawah akta komunikasi dan multimedia. Harapnya, dia dah pun buat backup semua video yang dia upload ke youtube, rugi la buat penat-penat kalau tiba-tiba nak kena padam.


Salah satu youtube yang dihasilkan Hanief...



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
DARI  DUNIACACAMARBA 


[Kemas Kini] Seperti yang Dijangkakan, Jurublog Pro-PR Ditahan Polis Kerana "Fitnah" VVVVIP




Artikel Hanief yang menyentuh isu sensitif.

Saya buka Facebook/Twitter sebentar tadi, terbaca beberapa status YB Tian Chua yang memerihalkan penahanan jurublog Hanief yang ditahan polis dan MCMC. Beliau turut menyiarkan wajah pegawai MCMC yang turut terlibat dalam penahanan jurublog tersebut. Hal yang sama turut disentuh oleh Topeng Perak di FB. 

Seperti dijangka jurublog Hanief ditahan polis dan MCMC kerana hasutan. Semuanya berkemungkinan besar gara-gara artikel di atas (klik "screenshot"). Sebenarnya hal ini telah hangat diperkatakan di blog pro-UMCO sejak berminggu-minggu yang lalu. Pada1 Mac lalu, saya ada menyentuh hal ini dalam kiriman: Adakah Jurublog Ini Bakal Menerima Nasib Seperti Aduka Teruna?.

Berkaitan dengan "screeshot" di atas, jurublog Hanief ada menyentuh tentang skandal yang membabitkan raja. Saya pautkan sedikit tulisan saya sebelum ini: Yang gerunnya, kandungan kiriman blog seperti dalam "screenshot" di atas dengan jelas menyentuh dan menyebut nama sultan yang dikaitkan dengan skandal seks. Malah frasa "Saya dahagakan Republik Malaysia jika..." sudah cukup mengerikan. Bukankah itu mencari nahas? 

Malah saya turut menyatakan bahawa hujah mereka (jurublog yang menyentuh isu tersebut-rujuk screenshot) hanya bersandar pada gosip dan prasangka ada benarnya, kerana rata-rata blog PR yang menyentuh hal ini tidak mempunyai bukti untuk membuktikan dakwaan mereka. Dapatkah mereka membuktikan dakwaan dan gosip tersebut. Malah, jurublog elit PR pun tidak mengaitkan secara langsung sesuatu isu tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Dalam satu segi, mungkin hal-hal sebegini perlu dipandang serius oleh jurublog yang mahu menulis tentang isu-isu sensitif.

Berdasarkan artikel jurublog muda pro-PR ini yang turut memautkan beberapa artikel daripada blog yang lain, saya kira mungkin ada beberapa lagi jurublog yang bakal ditahan kerana isu yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular