Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 19, 2011

Muhyiddin dan Najib Jembalang dari Semenanjung.


Di Sarawak hari ini Muhyiddin berkata "Penduduk Sarawak perlu menolak ‘‘hantu dan jembalang’’ yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang."



Jika begitu.. Muhyiddin dan Najib sendiri tergolong dalam golongan hantu dan jembalang itu kerana mereka berdua pasti akan menjejakkan kaki lagi ke Sarawak bersama gerombolannya..

Boleh jadi Muhyiddin terlupa bahawa dia sendiri berasal dari Semenanjung atau dia sememangnya bengap!

Halau ‘hantu dan jembalang’ Semenanjung, kata Muhyiddin

SRI AMAN, 19 Mac – Penduduk Sarawak perlu menolak ‘‘hantu dan jembalang’’ yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang merupakan asas terpenting kepada kestabilan politik.

“Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang. Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari sini hari ini.

Muhyiddin berkata hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang.

“Kami bimbang sekiranya rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan. Pakatan Rakyat bukanlah pakatan sebenar.

Mereka hanyalah pakatan longgar yang tidak mempunyai program atau rancangan sebenar untuk membantu. Yang mereka ada hanyalah retorik dan janji,” katanya.

Beliau berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini lebih dikenali sebagai ‘‘Parti Kian Runtuh’’ dengan pemimpin dan penyokongnya keluar dari parti itu setiap hari.

“DAP dan PAS mempunyai ideologi yang berbeza dan bercanggah. Sebaliknya, BN dengan 13 rakan politik yang berlainan mempunyai ideologi tunggal untuk berkongsi kuasa untuk membantu dan berkhidmat kepada rakyat,” tegas beliau.

Muhyiddin berkata pemimpin BN juga menikmati hubungan kerjasama yang sangat akrab dan mesra di peringkat negeri serta persekutuan.

Mengenai Sarawak, beliau mengulangi bahawa kerajaan persekutuan sedar bahawa Sarawak sebuah negeri yang sangat besar dan memerlukan lebih banyak peruntukan pembangunan, malah lebih daripada sesetengah negeri. – Bernama - darisungaiderhaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular