Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 18, 2011

Muktamar Jun tentukan masa depan PAS


PAS perlu buktikan kepada PKR dan DAP bahawa parti memiliki para pemimpin yang boleh berada di barisan depan Pakatan Rakyat.


PETALING JAYA: Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Muktamar Tahunan Jun depan sangat penting kerana inilah barisan yang akan menentukan masa depan parti Islam itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Paling penting, nasib parti bergantung kepada keputusan PRU ke 13 nanti,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata, pemimpin PAS mampu berada di barisan depan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya sebagai ‘Pak Turut’ sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kita perlu tunjuk dan buktikan kepada PKR dan DAP bahawa PAS memiliki para pemimpin yang boleh berada di barisan depan Pakatan Rakyat,” katanya, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Muktamar Tahunan PAS yang akan diadakan di Taman Melawar di Kuala Lumpur Jun depan.

Jawatan Timbalan Presiden akan ditandingi?

Beberapa jawatan tertinggi parti dijangka ditandingi termasuk Timbalan Presiden yang sekarang disandang oleh Nasharuddin Mat Isa, yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Antara yang disebut-sebut akan bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Naib Presiden, Mohd Sabu.

Bagaimanapun, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan terus mengekalkan jawatan tanpa dicabar.

Khalid berkata, pemimpin PAS perlu komited kepada Pakatan Rakyat kerana parti bersetuju untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang itu dalam usaha menawan Putrajaya.

“Kita tidak boleh lagi mempunyai pemimpin yang was-was dengan Pakatan Rakyat,” tambahnya.

Dalam Muktamar 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, isu kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno telah dibangkitkan.

Bagaimanapun, isu itu lenyap setelah Abdul Hadi dengan tegas menyatakan PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular