Orang awam ni kalau bercakap pasal isu-isu agama begini tentu akan memberikan pendapat mengikut fikiran dan logik akal masing-masing, ikut perasaan dan kepentingan masing-masing. Jadi perihal agama begini eloklah kita tanya pendapat ahli agama, pakar agama, kerana mereka bercakap berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
Jadi dalam hal ini, ReJaM tak mahu ambil pendapat ulama-ulama di dalam Parti Islam se-Malaysia, PAS kerana nanti orang-orang UMNO tak mahu dengar, nanti dikatanya ReJaM hanya mengambil pendapat pakar agama dari sebelah pihak.Kita sudah sedia maklum pendirian pakar-pakar agama dari PAS, di sini dilampirkan pendapat dari Ulama Muda UMNO pula.
Ulama muda UMNO kata ok, asalkan dikawal dengan baik oleh kerajaan, jadi jelas sekali sama seperti pendapat dari pakar-pakar agama dalam PAS. So, fullstop! Tak payah nak berbalah lagi. Tak payahlah nak jadi hero nak keluarkan pendapat masing-masing yang bukan pakar Agama, diorang belajar bertahun-tahun mendalami ilmu agama diorang tahulah apa diorang buat. [Msia Insider].
Penjual nasi ayam biarlah dia buat kerja dia, begitu juga dengan penjual cendol, nasi lemak, mekanik, pekerja kilang, askar, dan sebagainya. Kita buat kerja kita.
ReJaM: "Ulama kalau silap keluarkan fatwa pun dapat satu pahala, kalau betul dua pahala, kita apa ada?"