Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 18, 2011

Gara-Gara Kebajikan Tidak Di Jaga, Maka Blogger Pembela Negara (BPN) Dan Puak Unit Media Baru (UMB) UMNO Akhirnya Bertempur Di Alam Siber !


Terkadang kami rasa simpati dengan nasib yang menimpa puak Blogger Pembela Negara (BPN), iaitu satu kumpulan blogger "hardcore" yang kerjanya menyokong apa saja kerja buat Kerajaan UMNO BN tanpa menggunakan otak dan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Mereka menyokong secara membuta tuli segala yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN hatta merasuah, menipu rakyat, menyeleweng wang rakyat dan menindas rakyat. Malah, kalau ditanya kepada blogger-blogger ini, bagi mereka hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini sehingga ke hari kiamat. Iman dalam dada mereka terlalu nipis untuk melihat kebenaran. 

Mereka lebih rela menerima hakikat bahawa "pakatan karat" itulah yang patut memimpin negara ini biarpun tahu bahawa sejak akhir-akhir ini mereka sendiri tertipu dengan segala janji-janji manis oleh pemimpin UMNO BN itu sendiri. Terbaru, krisis diantara bloggers dengan Unit Media Baru UMNO (UMB) yang berlarutan sehingga menyebabkan berlakunya cabar mencabar dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Bagi BPN mereka kecewa kerana tidak mendapat layanan istimewa seperti UMB setiap kali berlakunya pilihanraya. Terbaru, di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan BN menang "tak bermaruah" di kedua-dua kawasan itu. 

Puak-puak BPN kecewa kebajikan mereka tidak dijaga sedangkan sebelah pihak lagi"ditatang bagai minyak yang penuh". Sedangkan, bagi mereka BPN telah menjalankan tugas lebih baik dari UMB itu sendiri. Kekecewaan itu tambah berpanjangan hingga ada sikap tidak puas hati dan kecewa atas perjuangan "mata pena" mereka selama ini.


Logo Blogger Pembela Negara VS Unit Media Baru UMNO

Malah, paling menarik mereka bukan sahaja bergaduh sesama sendiri tetapi juga sanggup menyerang pemimpin UMNO sedia ada sekarang. Antara pemimpin yang terus diserang oleh BPN ialah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan terbaru Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdulah (Ahli Parlimen Temerloh). 

Berbagai tuduhan dibuat kepada pemimpin terbabit kononnya mereka adalah "Kuda Trojan PKR"dalam UMNO dan mendesak PM memecat Saifuddin daripada kabinetnya. Maknanya, kumpulan ini akan menentang mana-mana pemimpin UMNO yang cuba untuk menyatakan kebenaran seperti apa yang berlaku kepada Saifuddin yang banyak mempertahankan hak-hak dan kebebesan Mahasiswa dan mahu Akta Universiti Kolej & Universiti (AUKU) dikaji semula selasa dengan perkembangan semasa. Maka, Saifuddin dituduh pengkhianat hanya kerana hadir dalam satu majlis forum bersama Nurul Izzah Anwar di Universiti Malaya baru-baru ini.

Blogger BPN Pahang, Braveheart Makin Meracau
Di Pahang, blogger BPN yang paling "hardcore" ialah Braveheart (foto). Beliau antara blogger terawal dan terunggul menyokong kerajaan UMNO BN di Pahang dengan membuta tuli. Baginya hanya UMNO yang layak memerintah negeri Pahang walau pun tahu isu rasuah, penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Braveheart dilihat semakin "kemaruk"selepas "Bossnya" yang mahu diangkat semula sebagai pemimpin UMNO Pahang tiba-tiba menghembuskan nafas yang terakhir pada 28 Februari lalu. 

Beliau yang dimaksudkan ialahDato' Azizan Yaakob, blogger Melayu Raya Daily yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar. Braveheart antara orang yang kecewa apabila Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob membuang nama Dato' Azizan sebagai calon Pilihanraya Umum ke-10 ketika itu. Baginya pemimpin terbabit masih muda dan mempunyai tenaga untuk menyumbangkan jasa. 

Malah Dato' Azizan dipercayai pernah mendapat anugerah daripada PM Mahathir Mohamad satu ketika dulu. Bagi Bravehearts, tindakan MB tidak mencalonkan Datuk Azizan sesuatu yang amat malang. Justeru itu, beliau dan proksi-proksinya di Jerantut berusaha untuk menganggat semula pemimpin terbabit. Malah, terdapat juga satu"master plan" yang dibuat untuk memastikan Dato' Azizan bangkit semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-13ini. 

Mereka mahu beliau menjadi calon Parlimen Jerantut bagi menggantikan wakil rakyat sedia ada. Malah, banyak blog-blog yang pro kepada UMNO dibina oleh Bravehearts untuk menjatuhkan UMNO Jerantut sendiri. Sebab itu kita tidak hairan,blog terbabit banyak menyerang pemimpin UMNO bahagian itu, sedangkan mereka pro UMNO.


Blogger Dato' Azizan (melayurayadaily) dan juga Aku yang Gambi
yang kembali ke rahmatullah harus dijadikan ikhtibar oleh Braveheart
Semua itu bagi memastikan pemimpin yang ada sekarang dijatuhkan dan ditolak rakyat dan pemimpin yang mereka kehendaki diangkat. Inilah perancangan licik yang tidak diketahui oleh pemimpin UMNO Jerantut sebenarnya. Namun, Allah lebih sayang kepada Datuk Azizan dan beliau telah kembali ke rahmatullah hujung bulan lalu. Ini menyebabkan, Braveheart dan team bloggernya di Jerantut bagai "cacing kepanasan" dan mula"meracau tidak tentu hala". 

Mereka menyerang Pahang Daily Online yang terus membongkarkan kepincangan UMNO BN itu. Sebaliknya mereka terus menyokong parti yang telah banyak merosakkan masa depan orang Melayu itu sendiri. Inilah kesilapan besar Braveheart sebenarnya. Dia langsung tidak boleh menilai kedaifan hidup Arwah Yang Gambi hingga langsung tidak diberi perhatian oleh pemimpin UMNO Pahang apatah lagi MB. 

Blogger yang banyak berjasa kepada UMNO tidak dilayan dengan baik hingga ke akhir hayatnya. Itupun Bravehearts masih mahu menaruh harapan agar UMNO BN diberi kedudukan yang sewajarnya. Kononnya mereka berada di landasan yang betul dan dipihak yang benar. Inilah khayalan puak-puak BPN sejak dulu, kini dan selamanya.

[Kesimpulannya, inilah yang berlaku apabila puak-puak blogger yang pada mulanya konon ikhlas berjuang tetapi akhirnya tertewas dengan wang ringgit dan janji-janji manis pemimpin UMNO sejak sekian lama. 

Malah ada dikalangan blogger terbabit yang dijanjikan laptop, broadband dan elaun, namun hingga kini semuanya nampak tidak kunjung tiba. Lantaran itulah puak Blogger Pembela Negara (BPN) kecewa apabila puak Unit Media Baru (UMB) yang kerjanya tak seberapa tapi dilayan sedemikian rupa. Malah mereka turut mendapat berbagai kemudahan daripada pihak kerajaan UMNO BN termasuk di mana-mana pilihanraya kecil. 

Sedangkan dalam masa yang sama team BPN terpaksa menggunakan modal sendiri untuk turun ke lokasi yang berkenaan. Malah mereka juga tidak diberikan elaun atau lain-lain kemudahan hatta pas media untuk masuk dalam mana-mana sidang media yang dibuat oleh pihak UMNO BN itu sendiri. Inilah yang menyebabkan mereka tawar hati dan ada sesetengahnya bercita-cita mahu meletakkan jawatan selepas PRU-13 nanti, termasuklah si Blogger Braveheart itu. 

Natijahnya, bila perjuangan membela puak-puak yang khianat maka akhirnya mereka akan dikhianati. Semoga mereka semua akan insaf sebelum dijemput ke alam barzakh seperti apa yang berlaku kepada dua blogger BPN dari Pahang iaitu Yang Gambi dan Datuk Azizan baru-baru ini. Penghinaan dan cacian yang dibuat kepada golongan ulamak amat keterlaluan dan menjijikkan. Semoga Allah ampunkan dosa mereka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular