SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini.
Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku.
YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja.
Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya.
Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar?
Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA.
Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut.
Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi.
Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco.
Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli.
Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu. /wfauzdin.blogspot.com