Anwar Mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat
Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.