Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 11, 2011

LU BANYAK LANGSI Oooooo.....

Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud
December 11, 2011 Apa yang ABIM persoalkan bukan berkaitan agama...lu persoalkan orang yang mempersoalkan lu masuk campur agama islam.Luu tarak faham ka?...Lu faham banyak mana hukum hudud.Ini sudah menjadi camputangan dalam urusan Sultan dan Raja-Raja Melayu.Kalau Raja-Raja Melayu tidak mempersoalkan hudud Pas atau apa sahaja hukum Hudud...lu apa crita.??

Inil ah yang selalunya menjadi masaalah.MCA telah menjadi masaalah besar kepada Bn sejak si keparat ini mula mempersoalkan hak hukum islam dalam perlembagaan dan hanya dibincangkan dalam Majis Raja_raja Melayu.Yang anehnya Umno diam membisu dan tidak pula menasihati si apek tua ini.

Lu bukan orang islam mau bincang soal hudud atau agama Islam.Lu tarak faham la soal hudud sebab tu lu banyak cakap bukan-bukan.kalau lu faham....apa ini menteri...banyak langsi ooooo

KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS.

Menurut Dr Chua, sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini.

“ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam.

“Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud,” kata beliau (gambar) dipetik Sunday Star hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud.

“Akhirnya, ia ada impak ke atas kesemua rakyat Malaysia, kita semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Kelmarin, ABIM menyerahkan satu memorandum kepada Dr Chua, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud baru-baru ini.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

“Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan empirikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut,” kata beliau.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini. wrlr.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular