Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 11, 2011

Semenjak bila Utusan jadi jurucakap PAS Selangor?

Pemimpin datang......pemimpin pergi.....itu adalah fenomena biasa dalam politik.....yang pentingnya dasar perjuangan jangan berubah seperti berubahnya pimpinan.

Pendekatan...metodologi.....approach dalam perjuangan boleh berubah mengikut kehendak setempat tapi dasar perjuangan biarlah kukuh bertapak tidak berganjak.

Tujuan posting dibuat bukan untuk membela atau menyokong tindakan ke atas Datuk Hassan Ali tetapi mempersoalkan bagaimana tajuk akhbar pencacai itu boleh berbunyi "Hassan Ali digugur"......konotasi sebegitu memberi gambaran seolah-olah ia sudah pasti.

Jika Utusan membuat spekulasi sudah tentu tajuk itu akan mempunyai tanda soal (?) di belakang "Hassan Ali digugur".....ini bermakana tajuk berita itu seolah-olah sudah pasti dan sudah mendapat pengesahan dari PAS Selangor tentang pengguguran Datuk Hassan Ali itu.

Bagaiamana mungkin Utusan boleh mendapat berita sesahih itu dari blogger pencacai Umno hatta dari blogger pencacai PAS atau pencacai yang self-proclaimed penyokong Pakatan Rakyat?

Jadi saya merasakan ada permainan wayang dari segelitir atau beberapa kerat dalam PAS Selangor sendiri yang membocorkan rahsia parti kepada akhbar pencacai.

Jika senarai calon wakil PAS yang akan bertanding dalam PRU13 nanti sudah diputuskan oleh PAS Selangor, ia seharusnya menjadi rahsia parti sehingga mendapat pengesahan oleh PAS Pusat.

Maka amatlah tidak beretika dan amat malang sekali jika ini berlaku.

Ahli PAS Selangor seharusnya faham mainan politik Umno......batang tubuh Hassan Ali tidak penting.....yang penting ialah kelangsungan PAS di Selangor.

Umno menggunakan ke'kontroversi'an Hassan Ali untuk mengadu domba sehingga PAS Selangor berpecah.

Umno menggunakan nama Hassan Ali kononnya layak menjadi jambatan perpaduan di antara Umno dengan PAS dan apabila Umno melihat kurang berjaya maka sekali lagi Umno menggunakan kononnya Hassan Ali digugurkan dari PRU13 dan ini nampak semacam berjaya kerana ada blogger PAS yang termakan sumpitan-racun Umno ini sehingga menghina Datuk Hassan Ali.

Selaku pendokong Gerakan Islam seperti PAS, biarlah kita meraikan kemasukkan seseorang ke dalam PAS dan dalam masa yang sama kita melepaskan seseorang yang akan digugurkan dengan penuh hormat dan mengenangkan jasa-jasa mereka, bukan dengan herdik dan cacian kerana perbuatan itu adalah saling tak tumpah seperti Umno. al-brangionline:

PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur sebagai calon PRU-13

SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini.

“Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon.

“Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon,” kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini.

Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat.

Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti.

Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu.

Shaari memberi alasan bahawa Hasan tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Ketika diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak penjelasan Shaari.

“Kami tidak tahu sama ada kami akan dicalonkan ataupun sebaliknya (di peringkat bahagian),” kata beliau.

Mohamad juga enggan mengulas isu berkenaan pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Rakyat.

“Masih di peringkat akhir perbincangan,” katanya lagi.TMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular