Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 11, 2011

Jasa UMNO pada Iblis di Malaysia Lebih Besar Berbanding DAP

Iblis telah berjanji di hadapan Allah SWT untuk menyesatkan anak Adam supaya anak2 ADAM menemani Iblis di dalam Neraka kelak. Hasil kekufuran Iblis (yang mana Iblis ini beriman dengan kesemua rukun Iman), dia akan disiksa di dalam Neraka sehingga selama-lamanya bermula pada hari kiamat nanti.


Semenjak UMNO memerintah Malaysia, seluruh hukum hudud dan qisas telah berjaya dihalang oleh UMNO dari dilaksanakan di Malaysia.

Malahan, kepada musuh-musuh Islam, UMNO sangat sangat berjasa menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam di Malaysia.

Mengapa Tulang Besi kata Iblis sangat terhutang budi dengan UMNO? Katakanlah semenjak UMNO memerintah hingga sekarang, 1 juta orang Islam telah melakukan dosa minum arak.

Sekirannya sepanjang tempoh UMNO memerintah itu terlaksana hukum hudud yang mana peminum arak dirotan 40 kali, saya yakin jumlah peminum arak itu pasti turun dari 1juta manusia kepada kurang dari 100,000 manusia.

Ertinya, 900000 manusia sepatutnya berjaya diselamatkan dari dosa meminum arak sekiranya berjalan hukum hudud.

Namun, akibat penolakan hukum hudud oleh UMNO, kerja Iblis menyesatkan manusia Islam di Malaysia menjadi begitu mudah.

Bukan terhad kepada dosa minum arak, tugas iblis menarik umat Islam Malaysia kepada dosa zina, qazaf, mencuri dsbnya menjadi sangat mudah akibat jasa UMNO menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam.

Atas sebab itulah, sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, tidak ada seekor perwakilan pun yang berani menegur pemimpin mereka kerana tidak melaksana hukum Allah. Hakikatnya, pemimpin2 UMNO redha dengan tugas UMNO menghalang perlaksanaan hukum Allah SWT.

Secara mudahnya, Iblis sangat-sangat terhutang budi dengan UMNO kerana usaha UMNO telah memudahkan kerja iblis menyesatkan anak adam untuk mengikut jejak langkah Iblis ke neraka.

Tak perlulah Najib mencabar PAS meninggalkan DAP. Hakikatnya, UMNO lebih berjasa pada Iblis berbanding DAP. DAP bukan Islam. Apa yang mereka kata dan buat yang melibatkan Islam tidak akan mempengaruhi umat Islam.

Namun, tindakan UMNO selama ini yang menghalang perlaksanaan hukum Islamlah yang banyak menyesatkan serta memasukkan umat Islam Malaysia ke lembah neraka.

Syabas UMNO, Syabas Transformasi Najib - Tulang Besi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular