Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 11, 2011

Ulamak muda, Kamal Saidin dan Soi Lek 'penasihat agama' Umno?

Inilah bunyi baiah Umno:

“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

“Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Terima kasih saudara-saudari perwakilan.”

Seorang yang bernama Chua Soi Lek telah sekali lagi berhujah hukum hudud akan menakutkan para pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan Malaysia akan menghadapi kemusnahan diri jika hudud dilaksanakan. Setakat ini umno bagaikan akur dengan pandangan Soi Lek itu! Apakah Soi Lek ini juga seorang penasihat seperti Kamal Sadin?

Jika begitu, patutlah Soi Lek tidak putus-putus menghentam hudud (hukum Islam) kerana Umno memberi ruang untuk dia berbuat demikian. Jihad Umno dijalan Allah ialah memberi ruang kepada Soi Lek untuk terus memburuk-burukkan hudud setelah Kamal Saidin salah seorang penasihat agama Umno menghina apa yang dikatakan hudud PAS!
Nampaknya yang bernama Kamal Sadin dan Soi Lek walaupun bunyi lain tapi macam serupa dan sama?! Baguslah kalau begitu…..ialah orang ‘berjihad dan berinfaq’ di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Bn!!

Apa yang jelas kelihatan seruan Najib agar ahli-ahli umno menjadi orang umno tidak akan kesampaian kerana terlalu ramai ahli-ahli umno yang malu untuk mengaku mereka orang umno dan sangat menyampah dengan apa yang diperjuangkan oleh umno yang cakap tidak sertupa bikin hari ini. Akibatnya ialah umno akan memperolehi padah yang parah dalam pru ke 13 nanti! Kata mereka PAU Umno baru-baru ini tidak langsung menggambarkan umno sebuah parti yang cerdik lagi matang jauh daripada menjadi parti yang Islamik!

Berbeza dengan PAS, orang PAS berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan tertegaknya agama Islam sebagai ad-deen di muka bumi Allah ini khususnya di Malaysia. GARAMLADA

Penasihat Agama MB Terengganu Perelekeh Imam Malik dan Fuqaha Maliki

Dilaporkan oleh Malaysiakini bahawa Penasihat Agama MB Terengganu menuduh Hudud PAS bertentangan hukum Allah.
Antara hujjah2 nya adalah:

1.0 Had Mukallaf bukan 18 tahun seperti yang terkandung dalam Enakmen Hudud di Terengganu dan Kelantan
2.0 Hudud sepatutnya dikenakan kepada yang bukan Islam bukan hanya kepada orang Islam sahaja.

Izinkan saya mencerahkan keadaan serta menyelamat umat Islam dari disesatkan oleh Penasihat Agama MB Terengganu :

1.0 Had mukallaf mengikut madhab Hanafi adalah 18 tahun. Ia diambil oleh PAS kerana untuk menghilangkan segala syubhah(ragu). Maka, apabila seseorang itu dibicarakan, ia tidak boleh memberi alasan umur lagi kerana pendapat yang diambil oleh PAS adalah pendapat fekah yang paling lunak, yakni 18 tahun.

2.0 Penasihat Agama MB Terengganu secara otomatik telah mengatakan fuqaha2 madhab Maliki serta Imam Malik sendiri sebagai tidak mengikut hukum Allah. Ini kerana, pengecualian orang bukan Islam terhadap hudud adalah berdasarkan madzhab Maliki dan pendapat Imam Malik, bukannya ciptaan PAS. (sila rujuk di sini untuk melihat perbandingan pendapat Mazahib dalam hal hudud)

Secara mudahnya, demi menjaga survival UMNO, agama Islam dilacurkan oleh pemuka-pemuka UMNO ini. Sehingga Imam Malik, guru kepada Imam Syafiee pun sanggup mereka perlekehkan. Tulang Besi

USTAZ UMNO TERUS PENINGKAN BUKAN ISLAM AKAN HUDUD!!!
from Pemuda PAS Wangsa Maju by Abu Nu'man
Nampaknye ustaz muda Umno ini semakin mengelirukan masyarakat khususnya kepada orang bukan Islam dalam Forum Awam bertajuk : Hudud dan implikasi terhadap orang bukan Islam di Wisma MCA semalam yang dirasmikan sendiri oleh Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.


Dalam ucapannya dia mengatakan yang hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan mempunyai pelbagai kesalahan sedangkan dia sendiri tidak memahami sepenuhnya dalam sistem perundangan Islam itu sendiri dan bagaimana hendak dilaksanakan di Kelantan.


Dan hasilnya dari ucapan ustaz umno tersebut, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan bongkaknya mengeluarkan kenyataan yang menghina dan memperlekehkan hukuman hudud tersebut dengan mengatakan bahawa ekonomi dan pelabur luar akan lari sekiranya perlaksanaan hukuman tersebut direalisasikan di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular