Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 30, 2011

Fatwa terbaru Al Sheikh Al Kabir Najib Al Tantuya

Setiap orang ada hak buat sumpah laknat, kata Najib


Oleh Asrul Hadi Abdullah


KUALA LUMPUR, 29 April — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sumpah liwat - Ulasan Ust Azhar Idruss


FITNAH ADAB ORANG MELAYU?


KONSEP peradaban yang paling mudah adalah pencapaian bangsa manusia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan. Justeru, andai kata ada, apa yang dikatakan sebagai peradaban Melayu itu, maka fitnah adalah jawapannya. Dengan ungkapan lain, perbuatan memfitnah adalah peradaban Melayu yang masih segar bertahan hingga kini.

MCA Ugut UMNO, tidak akan terima jawatan dalam kerajaan jika keputusan PRU ke-13 tidak memuaskan


MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12. 

Dewan Ceramah Kosong Akibat Sumpah Laknat Eskay..


BERKATNYA Eskay bersumpah walaupun beliau baca `Bismillahi...dan mengucap dua kalimah syahadah pun salah, maka ceramah Anwar malam tadi tiada sambutan. Dewan hanya separuh sahaja dipenuhi, ertinya sumpah Eskay dipercayai ramai.

Sumpah Laknat : Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah

BEKAS MUFTI & PENDAKWAH TOLAK SUMPAH


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya (gambar fail) berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Kenapa blog UMNO sepi membisu isu depa sapu duit GLC?

Pendedahan demi pendedahan yang Kedah La buat di laman ini, sehingga ini satu pun tidak dijawab oleh para pemimpin UMNO/BN Kedah. Negeri, Puteri, Pemuda, Wanita dan bahagian UMNO yang dilibatkan semua sepi membisu macam tokong sayoq. Pemimpin-pemimpin yang dilibatkan nama mereka pun tidak menjawab.

TAULADAN TAK BAIK..


Heboh semalam kisah si Eskay bersumpah laknat. Riuh rendah 1Malaysia dalam berita-berita di media-media arus perdana. Tapi itu tak menghairankan kita sebab mereka sememangnya media penyebar fitnah puak-puak UMporNO.

Akhbar siar gambar lucah; Mana KDN?

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/akhbarbodoh.jpg
Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang  dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. 

Tahaluf Siyasi bukan hasil dari 'kedai kopi' (Video diDalam)

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/mesyagunghtrg&setiu%20035.jpg
KUALA TERENGGANU - PAS adalah satu parti politik yang unik kerana walaupun dasarnya adalah Islam tapi telah melakukan 'Tahaluf Siyasi' (kerjasama politik) dengan parti-parti lain yang mempunyai pelbagai dasar dan tujuan.

Nabi Muhammad SAW tidak guna al-Mubahalah menghadapi fitnah seks (Video)

Rakyat kini bingung ...


Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman video Ceramah Anwar Ibrahim Di Ampang

Rakaman video Ceramah Anwar Ibrahim Di Ampang: Saya tetap Bersyukur Kerana Saya masih Ada Kekuatan, Lagi banyak Dia Hentam, Lagi Ramai Yang Keluar Menyokong…

style sumpah laknat yg tertulis dalam kitab UMporNo je

Sumpah beruk sekor ni x sah kerana tidak ada tatateritib mengangkat sumpah. Jika mengikut Kitab Al quran dan Hadis Hadis sahih, cara Eskay ni nak kata sumpah muhabalah pun bukan, nak kata sumpah li'an pun bukan... agaknya style sumpah laknat hanya ada tertulis dalam kitab UMporNo je.



Pada keadaan terdesak mereka akan bersumpah, ini mainan mereka. Tapi bila mereka kuat, dengan segala cara mereka selalu menghalangi orang beriman untuk beribadah.

Friday, April 29, 2011

ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA?

SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.

Sumpah Laknat : Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh

NONE
Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

Bersiap sedia dimakan sumpah!

BH melaporkan trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI. 


Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Dah la bodo, kurang ajar pulak tuh... (Video DiDalam)

Apa la nak jadi ngan wartawan yang sanggup menjual maruah semata mata nak makan nih... dan untuk dipuji oleh boss pasai berani tanya Anwar soklan bodoh camtu.

Media lucah: Apa peranan KDN?


KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.

Bukit Aman kena tipu dengan Eskay?


Akhirnya hampir kira-kira 95% video yang kononya merakamkan aksi seks Anwar Ibrahim tersebut telah disiarkan melalui beberapa akaun Youtube dan beberapa laman seumpamanya. Hasilnya saya dihubungi ramai teman-teman yang sebelum ini jujurnya ada yang ragu-ragu tetapi kini menjadi yakin setelah melihat beberapa siri video yang disebutkan.

[PANAS] Chua Soi Lek (MCA) Sokong Hapus Keistimewaan Bumiputera?


Dr Chua Soi Lek seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

Pendatang mudah menyelinap ke Sabah

Keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dengan sempadan laut yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman.

PIBG Diseru Membantah Pendedahan Keterlaluan Isu Seks Dalam Media


Pendedahan isu-isu seks seperti liwat, video lucah, bersekedudukan, rumah urut, ubat kuat dan lain-lain melalui media cetak, media elektronik dan media baru dilihat tidak terkawal dan boleh memberi kesan negatif kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Rasuah: SPRM perlu tegas pada pihak atasan


KUALA LUMPUR, 28 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak lebih tegas dan adil dalam menangani masalah rasuah di negara ini, dengan turut mengambil tindakan terhadap pihak atasan atau menteri-menteri yang terbabit dalam rasuah.

Ibu Aminulrasyid cuba 'bersihkan' nama anaknya


Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik.

PAS perlu kekal dalam Pakatan - Mat Sabu


Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walau apa saja nasib yang bakal menimpa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

VIDEO LUCAH UMPORNO FULL VERSION TERSEBAR..

Paparan rakaman video seks tanpa edit yang disebarkan menerusi YouTube semalam

Thursday, April 28, 2011

Saman Ekor ada lagi!!! : Notis saman disertakan gambar mulai 1 Mei


KUALA LUMPUR, 28 April — Polis memutuskan untuk menyerahkan notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini.

Kesilapan terjemahan cemari sambutan PM China

NONE

Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.

Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayuyang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Mufti, Tokoh Agama Tolak Sumpah Laknat Eskay Mahu Qazaf Ditegakkan


SHAH ALAM 28 APRIL : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya.

betina reporter TV3suku, LU KENAAAAA BEEEEEEB!!!

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat dua laporan polis berkaitan isu "video seks" di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Beliau hadir di balai polis terbabit tepat jam 2.50 petang tadi dengan diiringi oleh penyokongnya. Dalam laporan tersebut beliau menafikan dia merupakan pelaku dalam rakaman video seks dan mahu pihak polis menyiasat penyebaran video terbabit di internet semalam.

WKHAKAHAKAHA..KAMERA CCTV IMPOT JERMAN AKAN RAKAM CURI AKSI ANDA DI JALAN RAYA

Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.

Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks


Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3.


Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Muatnaik video seks 2 di YouTube - Polis cari individu bertanggungjawab : Timb KPN


KUALA LUMPUR: Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang pada Rabu.

RPK nafi Deepak bayar dia RM50,000

RPK nafi dakwaan 'peras ugut' Deepak

Penulis blog kontroversial Raja Petra Kamaruddin menafikan dakwaan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan bahawa beliau dibayar RM50,000 untuk mengeluarkan beberapa artikel mengenai ahli perniagaan itu dari laman web Malaysia Today dan diberikan sebuah komputer riba Sony.

[AWAS] Peringatan untuk Jemaah Solat Jumaat Masjid Amru Al-As, Sentul!!!


Saya selak MK sebentar tadi. Di portal berita popular itu tersiar cerita  Shazryl Eskay Abdullah mengajak DSAI melafazkan sumpah laknat di sebuah masjid. Inti pati sumpah adalah DSAI merupakan pelakon video seks yang didedahkannya tempoh hari. Eskay merancang untuk melafazkan sumpah laknat itu di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

ANWAR IBRAHIM DI IBU PEJABAT POLIS DANG WANGI!!

TERKINI!!

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Pegawai SPRM pun menipu??

CI: Pegawai SPRM berbohong
Suruhanjaya diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mendapati seorang pegawai SPRM memberi kenyataan tidak betul kepada pihak polis mengenai masa dia meninggalkan Plaza Masalam pada hari itu Teoh dijumpai mati dua tahun lalu.

Papagomo makin Kebal


Video Lucah : Papagomo direstui Polis?

Desakan demi desakan terus dibuat oleh Kedailan terhadap pihak polis untuk bertindak namun ianya terus dipandang sepi.. adakah Ahli-ahli Keadilan ini bukan rakyat Malaysia? Sedangkan mereka juga termasuk aku sendiri membayar cukai pendapatan untuk digunakan oleh pihak kerajaan UMNO/BN untuk membiayai seluruh jentera kerajaan..

Lim Guan Eng jamin tiada loji nuklear di negeri PR

Hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu-satunya yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi (rare earths) di Pulau Pinang.  Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, Pahang.

Fitnah !!!

Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti HASAD DENGKI, SOMBONG, TAKBUR, MENGUMPAT, RIAK DAN MEMBUAT FITNAH adalah dilarang oleh ISLAM

dan seburuk-buruk dan sehina-hina sifat. Sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, masyarakat sudah pasti akan menjadi kucar kacir dan huru hara hubungan diantara manusia. Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam. Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.

babi lebih baik dari orang yang membuat fitnah

Nampaknya umno memang membabikan seluruh rakyat malaysia dalam permainan babi dia yang jelas tak berfaedah buat rakyat malaysia. Enh nanti dulu. Kenapa aku membabitkan babi pula kat sini? Babi tak pandai fitnah orang.

VIDEO SEKS: ANWAR PALSU TAK BERANI TUNJUK MUKA


Star Online sama-sama bersubahat...


Salam Sejahtera,

Apa lagi yang ada pada media-media pro UMNO dan BN, mereka sama-sama saling bantu-membantu untuk menjayakan projek fitnah kepada Ketua pembangkang...,

BANK KUWAIT MELABUR DI NEGERI TERMISKIN YANG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT

dina emas kelantan
Kelantan Terus Membangun Bersama Islam : Pelaburan Dinar Emas jadi tarikan utama bank antarabangsa melabur di negeri Kelantan :

Video Lucah : Adakah Polis bekerja untuk UMNO?


KUALA LUMPUR, April 27 - Lim Kit Siang mengecam Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini kerana mengancam untuk "mendedahkan pelaku" dalam sebuah video seks baru-baru ini dan bukan mendakwa trio ‘DatukT’ disebalik rakaman yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zambry buat lawak..


MB dan Exco Kerajaan BN Perak Tidak Tahu Rancangan Bina Loji Pemprosesan Nadir Bumi di Bukit Merah? Logikkah kah kah kah???

RELA subgroup open only to Perkasa members is alarming, dangerous and completely unacceptable

Press statement by Teresa Kok, Selangor State Senior EXCO and Member of Parliament of Seputeh in Shah Alam on 28 April 2011
The RELA subgroup which is exclusive to Perkasa members is most alarming, dangerous and completely unacceptable because it shows the Barisan Nasional’s tacit support for Perkasa’s brazen racism.

Penggal Parlimen Capai 3 Tahun, Tiada Pilihanraya Kecil Selepas Ini


Penggal Parlimen Genap Tiga Tahun, Tiada Lagi Pilihan Raya Kecil Parlimen

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas Khamis memandangkanpenggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Wednesday, April 27, 2011

Mana Janggut Anwar??

Video Fitnah: Kami tidak akan tunduk- Nurul Izzah


nik nazmi nik ahmad book launch 210310 nurulKUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah- bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau menyifatkan ia sebagai usaha jijik dan terdesak  Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

TV3 siar : Video seks bahagian kedua di youtube : papa nurul izzah part II!

Kali neh kalau korang nak marah aku marahlah. Pasal aku dah memang geram habis. Kalau diikutkan ahti panas aku, bukan fack you yang aku nak cakap kat buletin utama sebenarnya. Lebih dari itu lagi. Kata orang jaga lah akhlak ko. Ko tue pejuang pas. Kalau nak maki hamun baik ko masuk umno der.

Video wakparjosudorno .. AMK curiga Umno dikaitkan dengan blog papagomo


AMK hari ini meminta Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjelaskan kaitan mereka dengan beberapa laman blog yang didakwa telah menghina ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan berhubung video lucah.

BONGKAR TEMBELANG KERAJAAN MALAYSIA

Bongkar: Rahsia Sebenar Kenapa Lynas Akhirnya Terpaksa Memilih Malaysia Untuk Dirikan Kilang Memproses Bahan Radio Aktif Rare Earth Mereka!

Eskay Serah DNA kepada Polis untuk Bantu Siasat Video Seks. Wow! Apa Perlunya Eskay Serah DNA?


Datuk Shazryl Eskay Abdullah diberitakan telah menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak polis pagi tadi. Penyerahan sampel itu didakwa untuk membantu siasatan polis berkaitan dengan video seks yang kononnya memaparkan aksi seks DS Anwar Ibrahim. 

1Melayu, 1Bumi ‘perjuangan sah dan mulia’ - Khir Toyo


KUALA LUMPUR, 27 April — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata gerakan “1Melayu, 1Bumi” - idea dilontarkan Utusan Malaysia dan disahut Perkasa, patut dianggap sebagai satu “perjuangan yang sah dan mulia” jika bertujuan menyatupadukan kaum Bumiputera dan Islam.

"Ratib" 13 Mei bermula!!!


Nampaknya 13 Mei makin dekat. Ini peluang bagi UMNO dan Utusan Melayu sebagai lidah rasmi mereka untuk sekian kalinya membohongi sejarah 13 Mei. Api perkauman akan disemarakkan seolah-olah Malaysia nak terlingkup dek angkara bangsa Cina. 

Satu lagi kilang perlombongan emas menggunakan cyanide


Belumpun pertikaian kilangan perlombongan emas menggunakan cyanide di Raub dan loji pemprosesan rare earth di Gebeng melabuh tirai, rakyat Pahang di Kuala Lipis kini pula menyambut kemunculan sebuah kilang perlombongan yang boleh menghasilkan sisa toksik.

ADUN BN Ini Mencarut Dalam Dewan Ketika Pebahasan Titah Diraja


ADUN BN Mencarut Ketika Perbahasan Titah Diraja 

Semalam 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK".

LDP not welcome in BN anymore


KOTA KINABALU: An all out war has been declared within the Sabah Barisan Nasional (BN) coalition under Chief Minister Musa Aman against the Liberal Democratic Party (LDP).

Artis TIDAK BERMORAL dilarang buat show di Selangor


[SH] SHAH ALAM - Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.

LEAVE BN, UMNO CHIEF TELLS LDP


By : CHARLIE RUDAI
THE row between Liberal Democratic Party (LDP) and Sabah Umno has escalated to a point where an Umno leader has urged LDP to leave the Barisan Nasional (BN) coalition.

Silam Umno Chief, Nasrun Datu Mansur, said LDP should leave for ‘breaching the coalition’s sacred consensus spirit’ with its relentless attacks on Chief Minister Musa Aman.

Kenangan PRK Kerdau, MB buat kawat cam?


Kenangan PRK Kerdau, buat kawat cam?
Gambar di atas dikirimkan oleh jurufoto bernama Bazli dan sudah diperkatakan di laman facebook. Gambar ini termuat dalam album pilihan raya kecil Kerdau oleh pemilik. Ia berkaitan satu peristiwa di hari penamaan calon, di luar dewan.

TV3 potong interbiu dengan saya: RPK

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa belaiu 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Amanah Saham Kedah merudum tapi Lembaga Pengarah sentiasa KENYANG

Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang.

Kenyataan Raja Petra wajib - Gani 4tahil


PUTRAJAYA, 27 April — Kenyataan Raja Petra Kamarudin perlu dimasukkan dalam kertas siasatan polis terhadap penulis blog itu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Hah...rupanya selama ini PDRM tak cekap...!!


Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya. 

Berita makan tuan


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat laporan akhbar Utusan Malaysia semalam bertajuk 'Pulau Pinang lubuk judi?' hanya mahu menempelak kerajaan Persekutuan.

RAMAI ISLAM DI SEMENANJUNG MURTAD? Benar kah ini???


ISU Murtad di Sabah bermula sejak era 1970-an apabila Kerajaan USNO melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengIslamkan ramai bumiputera Sabah yang tidak beragama ketika itu dan memberi pelbagai insentif seperti lesen pembalakan dan kemudahan menunaikan haji secara percuma; namun mengabaikan tanggung jawab mereka menyebarkan syiar Islam.

Sejak daripada itu, ramai Islam Politik telah kembali mengamalkan anutan agama nenek moyang mereka termasuk kembali memakan makanan yang dihalalkan agama Islam dan murtad disebabkan USIA ketika itu hanya menjalankan misi sulit mengIslam bumiputera bukan Islam tetapi misi berkenaan gagal.

DUA DUA KAKI KELENTONG

TAK SEDAR LAGI !

KERAJAAN TANGGUNG RM9 JUTA KOS SOSIAL - meloya

RM1.44 JUTA UNTUK BLOGGER?

MENJELANG pilihanraya umum Sarawak, terdengar desas-desus bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah memperuntukan RM1.44 juta untuk diberikan kepada para Blogger di Malaysia bagi membantu BN menggempur ‘Siber Trooper’ Pakatan Rakyat.

MIC semakin terdesak

IPOH: MIC dilihat terdesak untuk meraih sokongan apabila menerima semula tiga bekas pemimpin yang disingkir.

Tuesday, April 26, 2011

Dua tahun dibawah Najib, politik samseng berleluasa..


Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan.

Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik


Kongsi 78 Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

SKMM Mula Siasat Kebocoran Video Seks

KUALA LUMPUR 26 APRIL : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini menyiasat beberapa aduan penulis blog ekoran kebocoran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang.

Fitnah Umno: Anwar hargai Mustafa


KUALA LUMPUR, 26 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menghargai pendirian Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kanan) yang menjelaskan kenyataannya diputar belit oleh Umno.

Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri?


Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

UMNO pengkhianat Melayu Pulau Pinang! bukan DAP

Menurut fakta terbaru tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Gerakan tak yakin BN boleh dapat undi Cina semula

Meskipun Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat.

Fatwa Tak Selaras, Malukan UMNO/BN


KL 26 Apr 11: Sungguh memalukan kerajaan UMNO/BN, ketika dunia global melaksanakan peraturan serba canggih, tiba-tiba perlaksanaan peraturan syariah di Malaysia agak ketinggalan zaman. Fatwa dinegara ini masih tidak selaras.

Kerajaan Diminta Perjelas Kenaikan Inflasi Tatkala Nilai Ringgit Kukuh


KUALA LUMPUR 26 April - Kerajaan diminta menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

RAIS SAKSI UTAMA SAMAN TERHADAP BLOGGER


MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan memberi keterangan dalam kes saman beliau terhadap penulis blog berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau yang disiarkan dalam laman blognya.

Mahathir sahkan media arus perdana 100% kaki ampu kerajaan BN


WarkahDaily – Bukan aku yang cakap, tapi mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamed (Tun M) yang cakap.

Media arus perdana disahkan adalah 100% kaki ampu kerajaan yang diperintah Barisan Nasional (BN).

MCA dan Umno bercakaran lagi

WarkahDaily – Kalau dah lama sangat dah, ianya boleh gugur dengan sendirinya seperti buah yang sudah teramat masak tapi tak mahu dipetik oleh sesiapa (sebab tak suka), bila dah ranum, jika tak dipetik, lama-kelamaan ia akan gugur sendiri ke bumi dan jatuh pulak tidak boleh memberi sedikit pun manafaat kepada manusia lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular