Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 29, 2011

Ibu Aminulrasyid cuba 'bersihkan' nama anaknya


Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik.


"Anak lelaki saya ditembak mati dan polis memfitnahnya dan keluarga saya bagi menutup jenayah yang dilakukan mereka itu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad .
NONE

Antara mereka, dakwa ibu yang merintih itu adalah bekas ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang melabelkan Aminulrasyid sebagai seorang “penjenayah”.


Dalam laporan polisnya hari ini, Norsiah menuntut Khalid, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara menarik balik kenyataannya itu.


NONE"Pada hari tersebut, malah sebulum jenazah anak saya dituntut, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa anak saya dan rakannya, Azamudin Omar, cuba merempuh kenderaan polis dan mereja menjumpai sebilah parang dalam kereta keluarga kami.

"Kenyataan itu dibuat dengan niat jahat dan cuba memaparkan Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh polis,” kata Norsiah.

Aminulrasyid di tembak mati selepas dikejar oleh polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April tahun lalu.

Sehingga sekarang, hanya Korporal Jenain Subi (gambar) adalah anggota polis yang didakwa dan akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh tanpa niat. Pada kejadian itu, 21 das tembakan dilepaskan ke atas Aminulrasyid.

Jika didapati bersalah Jenain menghadapi hukuman penjara 30 tahun dan juga didenda. chegubard


NAJIB MESTI TUNAI JANJI




PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.

Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai “terlalu awal.”

...Polis dok sibuk nak cari orang yang sebarkan video seks.... walaupun orang tue dok depan mata....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular