Pendedahan demi pendedahan yang Kedah La buat di laman ini, sehingga ini satu pun tidak dijawab oleh para pemimpin UMNO/BN Kedah. Negeri, Puteri, Pemuda, Wanita dan bahagian UMNO yang dilibatkan semua sepi membisu macam tokong sayoq. Pemimpin-pemimpin yang dilibatkan nama mereka pun tidak menjawab.
Blog-blog dan para gobloq yang menjadi talibarut UMNO pun tak berani sentuh pendedahan Kedah La. Yang depa tau maki hamun fitnah mencarut, mencarut fitnah maki hamun, fitnah maki hamun mencarut. Pusin pi mai hak tu ja kerja depa. Ketua Blogger UMNO Kedah Sobri Sudin yang sebelum ni bukan main garang dengan bahasa-bahasa manusia tidak bertamadun; turut membisu berhubung tuduhan dia turut bersubahat sapu duit STDC.
Mengapa takut? Konon prinsip UMNO berani kerana benar. Sumpah sana sumpah sini. Awat tak sumpah? Pi la cari masjid mana bawak Quran buat sumpah laknat kononnya hangpa tak makan duit tu.. awat tak berani? Sedangkan sumpah macam tu merupakan rukun UMNO tiap kali orang kata depa pemuhong.
Tapi kalau BUAT FITNAH DEKAT PAS & KERAJAAN NEGERI bukan main hero. Langsung tak takut dosa. Ikut sedap nak depa nak tulis. Depa ingat tiap kali dok buat fitnah tu malaikat kiri kanan tak catit kot? Awat UMNO kebai dari catatan Malaikat ka?
Kedah La akan terus melondeh penyelewengan BN... tapi sebelum tu nak minta depa jawab dulu. Jawab jangan tak jawab.