Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, April 26, 2011

BELIA SAPP GESA BATAL EMPANGAN


BANTAH…. Stephen Gaimin (tiga dari kanan) bersama belia-belia Wakil daripada Tambatuon di ketuai oleh Jimmy Pangiloi, manakala Romeo Lazarus mewakili Kaiduan.

BADAN bertindak Solidariti Belia Sabah (BERTINDAK) menggesa kerajaan, khususnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman membatalkan pembinaan empangan Kg Tambatuon, Kota Belud dan empangan Kg Kaiduan, Papar kerana jika pembangunan yang kerajaan telah rancangkan itu diteruskan juga, dikhuatiri akan menindas rakyat khususnya pemusnahan ekosistem di kawasan terbabit.

Pengerusi badan bertindak Solidariti Belia Sabah (BERTINDAK), Stephan Gaimin, 38, menyatakan demikian kepada media ketika mengetuai beberapa belia mengadakan demonstrasi protes secara aman di kawasan jalan susur masuk ke perkarangan Dewan Undangan negeri (DUN) Sabah pada Isnin.

Gaimin menegaskan, jikalau keputusan pembatalan loji janakuasa arang batu di Sinakut, Lahad Datu oleh kerajaan beberapa bulan lalu dapat dilakukan kerana mengambilkira keselamatan penduduk persekitarannya daripada bahaya pencemaran alam persekitarannya.

Tambahnya lagi, mengapa pula masalah pembinaan empangan yang bakal memusnahkan sumber kehidupan penduduk di kawasan terbabit tidak diambil perhatian serius untuk pertimbangan kerajaan sedangkan rakyat dikawasan terbabit sebelum ini rata-rata sudah menyatakan penentangan hasrat kerajaan itu.

“Pembatalan janakuasa arang batu di Sinakut pun menjadi suatu kelalaian kerajaan kerana ia seharusnya dilakukan lebih awal, tetapi terpaksa memakan masa tiga tahun cukup lama, malah bayangkan juga berapa banyak masa dan wang ringgit yang telah digunapakai,” tegas Gaimin.

Dalam pada itu, Gaimin menjelaskan bahawa Solidariti Belia Sabah sebelum ini telah pun menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah setahun lalu, namun hampa tidak ada tindakan positif daripada Menteri yang bertanggungjawab (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah).

Tambah Gaimin, malahan Solidarity Belia Sabah diberi kata-kata peribahasa kesat daripada seorang daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan menyatakan;

“Jika anda mahu mengeringkan kolam ikan, haruskah anda meminta izin kepada katak di dalam kolam. Apabila ditanya apakah 200 orang yang terlibat di Kg Kaiduan adalah katak, dengan sinis beliau menjawab apa boleh buat?” katanya sambil yakin bahawa kata-kata itu menguatkan keyakinan mereka bahawa kerajaan tidak mempunyai niat untuk membatalkan projek pembinaan empangan di situ.

Namun matlamat sebenar demonstrasi protes secara aman oleh Solidariti Belia Sabah mengesa kerajaan agar lebih serius untuk membatalkan pembinaan Empangan Kaiduan di Papar dan Empangan Tambatuon di Kota Belud berdasarkan kebimbangan rakyat akan berlaku kemusnahan serius terhadap ekosistem di situ secara jangka panjang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular