Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, April 26, 2011

Isu Poco-poco Tidak Haram - Majlis Fatwa Atau Media Yang Menipu Umat Islam?


Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa


Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu,”katanya.

Harussani juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

“Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

“Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco ia sudah jelas haram,” katanya.

Di akhir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, Abdul Shukor berkata, umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Kata beliau, umat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan dikeluarkan badan itu sejak 2007, yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Bagaimanapun, tambah Abdul Shukor, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu sejak Januari lalu.

Justeru kata Harussani, hasil kajian Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selain merujuk kepada garis panduan yang ditetap telah memutuskan tarian poco-poco adalah haram dan tidak boleh diamalkan di negeri itu.

Selain itu, tegas beliau pengharaman tarian poco-poco tidak akan ditarik balik walaupun dipertikaikan banyak pihak termasuk sesetengah tokoh pemimpin agama.

“Tarian poco-poco adalah haram, macam mana kita nak tarik benda yang sudah haram . . . lagipun kita sudah fatwakan pengharaman tarian poco-poco di Perak.

“Benda haram kita tidak boleh nak ubah walaupun ia hanya untuk senaman. Kita dah buat kajian dan telah mengikut garis panduan, sebab itu kita putuskan tarian poco-poco haram, yang haram kita tidak akan tarik balik,” tegas beliau.

Pada 6 April lalu, Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam. -TMI
Joget poco poco tak haram..


Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco



Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.



Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.



"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di Sepang hari ini.



Bagaimanapun katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.



Harussani Zakaria Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau
sebaliknya.



"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.



Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.



"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada
itu," katanya.



Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.



"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.



Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - Bernama

Kini integriti dan kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan dipersoalkan.

Apakah kerana Najib dan Rosmah menari poco-poco maka Majlis Fatwa seperti terikat untuk mengeluarkan fatwa poco-poco itu tidak haram sedangkan jelas tarian poco-poco itu selama ini dilakukan secara terang-terangan walaupun di depan bukan-muhrim? Syariatnya sahaja sudah bertentangan belum lagi kita meninjau jauh lebih dalam pada inti hakikatnya terutama mengenai unsur mistik dan ritual yang terkandung di dalam tarian berkenaan.

Jika benar apa yang diluahkan oleh Mufti Perak di atas, kita amat sedih apabila institusi majlis fatwa pun boleh mengeluarkan satu fatwa yang tidak dibincangkan bersama tetapi dilihat seperti mempunyai unsur politik dan tidak bersandarkan kepada metode penganalisaan dan kajian yang dikehendaki oleh syarak.

Dan jika dikatakan media telah salahfaham mengenai "fatwa" itu, SEPATUTNYA Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan penafian dan bantahan mengenainya.

Ia adalah satu "penipuan" kepada umat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertanggungjawab di atas apa saja dosa yang timbul ekoran poco-poco itu. Umat Islam yang ramai di negara ini berlepas tangan dari siksaan Allah dan menyerahkan segala urusan berhukum dan menghukum kepadaNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular