SIBU 26 APRIL : Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.
Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.
Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Ibandijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.
supp alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.
Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.-Malaysiakini
Mungkin jika Tuai Rumah tidak menerima cek tendang sebagai rasuah daripada Calon Barisan Nasional Joseph Mauh, kita tidak akan tahu bahawa Tuai Rumah ini telah dirasuah agar memberikan undi serta memastikan anak-anak buahnya mengundi Barisan Nasional semasa Pilihanraya Sarawak tempoh hari.
Sarawak Report telah mendedahkan pengakuan seorang Tuai Rumah, bernama Kuching Anak Moyang yang telah menerima 3 keping cek sebagai rasuah untuk membantu kemenangan Barisan Nasional di Sarawak. Cek-cek tersebut bernilai, RM2000, RM3000, dan RM5000. Malangnya cek yang bernilai RM5000 adalah cek tendang [SarawakReport].
Tuai Rumah ini juga mengaku bahawa amalan rasuah juga berlaku pada pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2006 yang lalu. Namun kali ini habuan rasuah yang diterima adalah lebih besar.
Untuk lebih mengukuhkan bukti dari Sarawak Report, di bawah ini disertakan rakaman pengakuan Tuai Rumah tersebut, yang bernama Kuching Anak Moyang saksikan sendiri video di bawah ini.