Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 27, 2011

Video wakparjosudorno .. AMK curiga Umno dikaitkan dengan blog papagomo


AMK hari ini meminta Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjelaskan kaitan mereka dengan beberapa laman blog yang didakwa telah menghina ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan berhubung video lucah.

NONETimbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata, pertubuhan berkenaan diminta berbuat demikian memandangkan timbulnya kecurigaan bahawa ia mempunyai kaitan dengan blog tersebut.

Rozan Azen berkata, kecurigaan itu timbul memandangkan blog papagomo.com itu turut memuatkan pautan ke laman Umno Online dan juga PERKASA.

"Isu sekarang ini adalah untuk kenalpasti penulis blog ini. Kalau (Umno dan PERKASA) ada maklumat berkaitan, minta mereka kerjasama," katanya.

"Oleh kerana itu kita desak pihak berkenaan nafikan pembabitan mereka dengan penulis blog ini.

"Kalau terus berdiam diri, AMK anggap mereka bersubahat dengan jenayah siber ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas memberi satu keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pagi ini.

Beliau memberi keterangan selama kira-kira sejam hari ini susulan aduannya terhadap penulis blog papagomo.com yang didakwa terlibat menyebarkan satu video seks di Internet.

NONE
"Dalam keterangan saya, saya beritahu bahawa kali terakhir saya melawat laman papagomo ialah pada pagi tadi.

"Saya dapati papagomo masih teruskan siar video itu dan terus memburukkan Datuk Seri Anwar.
"Contohnya ditulis dalam laman itu 'boleh download video porno Anwar Ibrahim di papagomo'," katanya.

Video seks berkenaan dipercayai merupakan sedutan daripada video lucah yang ditunjukkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Selain laman papagomo.com, laporan itu turut menamakan laman pisau.net dan juga gerakanantipkr.blogspot.com sebagai pihak yang perlu disiasat berhubung penyebaran video berkenaan.

Dalam laporan itu juga, AMK turut menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas seorang pengguna Youtubeyang menggunakan nama 'thepowercam' – individu yang memuatkan video pendek berkenaan di laman tersebut.[Malaysiakini]

Video Seks Anwar Ibrahim bahagian kedua!

Hari ini kita dapat melihat sambungan seterusnya video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim yang heboh sejak 31 Mac yang lalu. Apa yang jelas, video kedua ini telah membongkar lagi penipuan Datuk T (sebut Datuk Temberang).

Sebelum ini MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana penipuan video ini terbongkar apabila lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video seks tidak memiliki janggut, sebaliknya, Anwar Ibrahim pada keesokkan harinya muncul di mahkamah dengan janggut yang lebat rujuk sini [Janggut Anwar].

Kali ini satu lagi penipuan terbongkar apabila rambut lelaki mirip Anwar Ibrahim ternyata jauh berbeza dengan Anwar Ibrahim yang sebenar. Lihat gambar di bawah. 


Anwar muncul di mahkamah pada keesokkan harinya (22 febuari 2011) dengan potongan rambut yang jauh berbeza dengan lelaki di dalam video seks (rambut lebih pendek). Maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim menggunakan pelebat rambut yang berkesan untuk memanjangkan rambut dalam tempoh semalaman atau membuktikan Anwar memakai rambut palsu di mahkamah.


ReJaM© "Kepada ketiga-tiga Datuk T, selamat bercuti di penjara Sungai Buluh..."
azlan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular