Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 28, 2011

[AWAS] Peringatan untuk Jemaah Solat Jumaat Masjid Amru Al-As, Sentul!!!


Saya selak MK sebentar tadi. Di portal berita popular itu tersiar cerita  Shazryl Eskay Abdullah mengajak DSAI melafazkan sumpah laknat di sebuah masjid. Inti pati sumpah adalah DSAI merupakan pelakon video seks yang didedahkannya tempoh hari. Eskay merancang untuk melafazkan sumpah laknat itu di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

Asgfirullahhalazim!!! Sampai begitu sekali!
Ada jurublog mengajak pembaca blog mereka menyerbu masjid yang menjadi lokasi pilihan Eskay mahu melafazkan sumpah. Sebaliknya, saya menasihati anda dan jemaah Masjid Amru Al-As, Sentul agar cepat-cepat meninggalkan kawasan masjid sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Hal ini demikian kerana anda mungkin berisiko tinggi terkena serpihan panahan kilat esok (ketentuan Allah siapa yang tahu?). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular