
Bagaimanapun menurut Khalid, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.
Beliau berkata polis akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.
“Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik,” kata beliau dipetik media hari ini.
Khalid juga berkata kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.
Laporan Utusan Online memetik Khalid sebagai berkata kaedah itu digunakan akan berperanan sebagai ‘bahan bukti’ bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya. kedahlanie