Hidup dengan menipu banyak untungnya. Carilah jalan, buatlah kertas kerja, ciptalah apa-apa projek yang memang menguntungkan tetapi seboleh-bolehnya berikan secara percuma dahulu. War-warkan yang percuma, minta PM menyebutnya berkali-kali di merata tempat yang ianya percuma. Ajak PM sama menipu rakyat. Mula-mula 'free', selepas itu balunlah!!
Email 1Malaysia yang diriuhkan percuma tetap ada habuan menggunung bagi yang menguruskannya. Untuk pengguna dikatakan ‘free’ bagi email yang tak selamat. Selepas itu kalau inginkan yang selamat dengan kemudahan 'encryption' dikenakan bayaran. Mereka sengaja mencipta yang tak selamat barulah duit ‘masyuk’ Tambah nilai kononnya. Puak-puak kaki belit, takkan nak bagi free.
Agensi kerajaan juga akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna. RM0.50 untuk setiap email. Bayangkan berapa yang akan mereka perolehi dari agensi kerajaan. Selepas itu agensi kerajaan akan mengenakan bayaran kepada pengguna. Pi mai pi mai, depa kenyang juga.
Selepas itu akan diwajibkan menggunakan email ini dan dikenakan bayaran bagi yang ingin berurusan dengan kerajaan, email lain tak diterima. Puak-puak kapitalis dengan persetujuan kerajaan, cepatlah membuncit perut mereka.
Keuntungan mudah, inilah tujuannya menjadi kroni UMNO. Berpeluang memeras sebaik mungkin atas nama kerajaan. Kesudahannya rakyat juga yang diperah.
Ish! Ish! Kenapa Google dan Yahoo tak 'cerdik' atau bangang seperti mereka - ekele
Ish! Ish! Kenapa Google dan Yahoo tak 'cerdik' atau bangang seperti mereka - ekele